Belasungkawa

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Seluruh warga Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) turut berdukacita dengan pulangnya ke rahmatullah salah seorang pengasas Musleh, Ustaz Haji Shahrom Abu Hassan.

Almarhum ialah seorang individu yang sangat disenangi, terutamanya oleh anak-anak muridnya di Sekolah Rendah dan Menengah Islam Al-Amin Gombak, salah satu institusi Pendidikan IKRAM serta telah berkhidmat di Al-Amin hampir 4 dekad dengan penuh dedikasi dan profesionalisme.

Sebagai seorang as-saabiqun wal-awwalun dalam projek Pendidikan IKRAM, almarhum ialah seorang murabbi yang membimbing, mendidik dan mentarbiah anak didiknya dengan penuh kasih sayang, amanah, dan komitmen selain seorang Qari yang sering ditampilkan sebagai imam solat berjemaah di mana-mana dan dalam majlis-majlis rasmi.

Sebagai seorang daie, mesejnya melalui ceramah dan perkongsian sentiasa kreatif dan mendalam, seorang pejuang yang aktif dalam program-program amal maaruf nahi munkar serta seorang aktivis masyarakat di pelbagai institusi surau dan badan kebajikan.

Semoga Allah SWT memberkati dan meredhai amal soleh sahabat kita, Almarhum Ustaz Shahrom Abu Hassan, mengampuni dosa-dosanya dan menempatkannya bersama-sama para anbiya, siddiqin, syuhada, dan solihin – amiin ya Rabbal ‘alamin.


Prof. Dr. Omar Yaakob
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah
Musleh Integrated Education Berhad (MIEB)

BERITA

KUALA LUMPUR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Riyadatul A’mal, Kuala

BERITA

SUNGAI PETANI – Seramai 21 orang guru dari institusi pendidikan, rendah dan menengah dalam rangkaian Musleh di zon utara diraikan

BERITA

KLANG – Alhamdulillah, Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (SMITQ Hira’) melakar kejayaan membanggakan apabila pasukan Maryam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru agar perbincangan mengenai keputusan Programme for International Student Assessment (PISA) 2025 tidak

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus