Hari Pertama SPPIM (SRI) 2024 Berjalan Lancar

SERI KEMBANGAN – Syahadah Pentaksiran Pelajar IKRAM Musleh (SPPIM) 2024 bagi Sekolah Rendah Islam (SRI) yang bermula hari ini membabitkan seramai 2, 097 orang calon berjalan lancar di 35 buah sekolah rendah rangkaian dan rakan Musleh Integrated Education Berhad di seluruh negara.

Pentaksiran murid berasaskan sekolah yang dilaksanakan melalui ujian bertulis itu dimulakan dengan subjek Akidah tepat jam 8 pagi tadi sebelum berakhir dengan subjek seterusnya, Fekah untuk hari pertama.

Sementara itu, Ketua Sektor Pentaksiran Musleh, Zunaidah Yacob berkata peperiksaan SPPIM (SRI) kali ini membabitkan seramai 151 orang petugas peperiksaan yang telah dilantik oleh pusat-pusat peperiksaan terlibat bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan berkenaan.

“Daripada 2097 calon yang didaftarkan, setakat ini kita dimaklumkan, 4 orang calon dari dua buah pusat peperiksaan di Selangor tidak dapat hadir atas faktor kesihatan,” ujarnya.

Katanya lagi, SPPIM yang diletakkan di bawah tanggungjawab dan pengawasan daripada pihak pengurusan sekolah itu, diketuai oleh Guru Besar serta turut mendoakan agar semua urusan calon dan pihak sekolah yang terlibat dipermudahkan sehingga ke hari akhir peperiksaan.

Di samping itu, di Zon Tengah seperti Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan, seramai 748 calon mendaftar menduduki peperiksaan SPPIM (SRI) 2024 membabitkan 10 buah sekolah manakala di Zon Pantai Timur, sejumlah 438 orang calon yang mendaftar melibatkan 8 buah sekolah di Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Di Zon Utara, seramai 618 orang calon yang mendaftar di 11 buah sekolah merangkumi negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis sementara di Zon Selatan, 236 calon di 2 buah sekolah di Johor.

Di Sarawak juga, sejumlah 47 murid menduduki peperiksaan SPPIM (SRI) di 3 buah sekolah di Kuching dan Miri.

Dalam perkembangan sama, SPPIM (SRI) 2024 dijadualkan tamat pada Khamis ini, 3 Oktober 2024.

Peperiksaan bertulis SPPIM merupakan salah satu daripada kaedah pentaksiran yang dijalankan ke atas murid-murid dalam membuat penilaian terhadap kemenjadian murid secara holistic sepanjang pendidikan di sekolah rendah. Selain peperiksaan bertulis yang mewakili 40 peratus daripada markah keseluruhan, proses pentaksiran secara berterusan turut dilaksanakan melalui pelbagai kerja kursus, projek, latihan amali, ujian lisan, ujian hafazan dan pentaksiran konstruk sepanjang tahun.

BERITA

SERI KEMBANGAN – Sebahagian besar daripada 2,413 calon dari 39 buah Sekolah Rendah Islam (SRI) rangkaian Musleh menerima keputusan Syahadah

BERITA

GOMBAK – Idea inovasi yang menggabungkan teknologi tenaga solar dan kelestarian hijau membawa tiga pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Islam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah dan rasa bangga atas pencapaian ‘Ayshah Sakeenah Abdullah Khairi dari Sekolah Rendah

BERITA

KUALA KUBU BHARU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru berjaya memenangi tempat kelima bagi kategori Sekolah Menengah dalam

BERITA

KUCHING – Tiga orang pelajar dari Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching berpeluang menyertai International Sarawak Bridge & Mapping Challenge

BERITA

CYBERJAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah, Sg. Petani salah sebuah sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MIEB), mencatat rekod