Nadwah Kepimpinan Pelajar Musleh 2024

HULU LANGAT – Telah berlangsung Nadwah Kepimpinan Pelajar Musleh bermula 6 September hingga 8 September lalu di Nur Lembah Pangsun Eco Resort yang melibatkan 150 orang pelajar dari 17 buah sekolah menengah rangkaian Musleh di seluruh negara.


Dengan tema “Ibda’u Binafsik” yang bermaksud mulakan dengan diri sendiri, program tahunan berkenaan merupakan anjuran Sektor Tarbiah Centre of Learning Excellence (CLE), Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) dan telah dirasmikan oleh Ketua Sektornya, Dayang Norhayani Amir.

Dalam ucapannya, beliau menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak selaku tuan rumah program bagi tahun ini dan berharap agar objektif yang telah dirancang melalui pelbagai bentuk aktiviti sepanjang 3 hari berprogram akan berjaya dicapai.

Sementara itu, majlis penutup program telah dirasmikan oleh Ketua IKRAM Muda Malaysia, Khairul Anuar Kamaruddin. Turut hadir, Pengetua SMI Al-Amin Gombak, Alia Md Nazir dan Pengarah Nadwah bagi tahun ini, Rabi’atul Adawiah Jemangin.

Program Nadwah Kepemimpinan Pelajar ini merupakan salah satu program pelatihan kepimpinan bagi para pelajar sekolah-sekolah rangkaian Musleh dalam usaha untuk mempersiap dan menyediakan barisan kepimpinan pelajar di sekolah yang berketerampilan, amanah dan berdedikasi. Potensi yang ada dalam diri peserta akan dikembangkan sama ada daripada sudut minda, rohani, emosi dan fizikal.

Sumber: Facebook SMI Al-Amin Gombak



BERITA

SERI KEMBANGAN – Empat orang delegasi daripada Two Oceans Graduate Institute (TOGI), sebuah institusi pengajian tinggi swasta dari Afrika Selatan

BERITA

SEREMBAN – Murid Sekolah Rendah Islam (SRI) As-Saidiyyah, Muhammad Harraz Zuhayr Abdul Fattah, 10, telah dipilih sebagai salah seorang Duta

BERITA

YALA, THAILAND – Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH) terus memperluaskan impak pendidikan Islam di peringkat antarabangsa apabila Perunding KRS MUSLEH

BERITA

MIRI – Dua murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Miri mencipta kejayaan membanggakan apabila masing-masing meraih pengiktirafan dalam Program MYY

BERITA

SHAH ALAM – Keupayaan murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, sekolah rangkaian MUSLEH, menghasilkan inovasi bertaraf dunia sekali lagi

BERITA

SERDANG – Semangat meneroka dunia teknologi dan inovasi membuahkan hasil apabila Muhammad Shah Nazrin Mohd Shalahuddin, murid Sekolah Rendah Islam