NICERS ’24: SRI Al-Ikram Raih Emas

KULIM – Sesi penjurian dan pertandingan National Invention & Innovation Competition Exhibition and Robot-Sumo (NICERS) 2024 yang telah berlangsung di Politeknik Sultanah Bahiyah bermula 20 Ogos lalu menyaksikan 4 orang pelajar dari SRI Al-Ikram Pulau Pinang berjaya meraih pingat emas selepas diumumkan dalam majlis penutup semalam, di sini.

Penyertaan mereka bagi Pertandingan Inovasi atas nama projek Kit Stem Al-Ikram – Mesin Lipat Baju berjaya menambat hati juri sekaligus meraih anugerah pingat emas dan membawa pulang hadiah wang tunai, pingat serta sijil.

Dengan tema “Revolutionize TVET with Technology”, NICER ’24 peringkat kebangsaan itu turut mengadakan Pertandingan Robot-Sumo dengan tiga kategori dan Pertandingan Drone Challenge melibatkan penyertaan dari sekolah-sekolah rendah dan menengah serta institusi pendidikan yang lain.

Sementara bagi Pertandingan Inovasi, penyertaan dibuat untuk projek-projek seperti Civil, Design & Architecture, Electrical, Electronic & Communication, Mechanical, Manufacturing & Automotive, Marketing & Technopreneur, STEM for Education, Renewable Energy & Green Technology, Food Technology dan projek-projek selain kejuruteraan.

Tahniah diucapkan kepada guru pembimbing, Awatif Abdul Samat, para pelajar, Nurfarha Aisyah Ahmad Sabri, Nur Aina Wafa’ Abdul Yassir, Nurul Hanan Asmadi dan Hanan Insyirah Mohd Hafiz serta seluruh pasukan dan pihak-pihak yang terlibat.

BERITA

KUALA LUMPUR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Riyadatul A’mal, Kuala

BERITA

SUNGAI PETANI – Seramai 21 orang guru dari institusi pendidikan, rendah dan menengah dalam rangkaian Musleh di zon utara diraikan

BERITA

KLANG – Alhamdulillah, Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (SMITQ Hira’) melakar kejayaan membanggakan apabila pasukan Maryam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru agar perbincangan mengenai keputusan Programme for International Student Assessment (PISA) 2025 tidak

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus