Musleh, Universitas Adzkia Tandatangani MoU, Kerjasama Pendidikan Berteras Dakwah, Tarbiyah dan Kebajikan

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) dan Universitas Adzkia, Indonesia menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menjalin kerjasama dalam bidang pendidikan dalam satu majlis ringkas yang diadakan di sini, hari ini.

Para delegasi dari Universitas Adzkia, Indonesia diketuai oleh Rektor Universitas Adzkia, Prof. Dr. Irwan Prayitno, M.Sc dan telah disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, Prof. Dr. Omar Yaakob merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, MIEB.

Antara objektif utama pihak-pihak dalam menandatangani MoU berkenaan ialah untuk menjalin kerjasama antara Program Studi Magister Pendidikan Dasar di universiti berkenaan dengan sistem pendidikan dan kurikulum Musleh.

Di samping itu, pihak Universitas Adzkia juga berhasrat untuk mewujudkan perkongsian kepakaran dalam bidang pengajaran di peringkat sekolah rendah antara para pensyarah dan mahasiswa Universitas Adzkia dengan para guru sekolah-sekolah rendah rangkaian Musleh.

Dengan termeterainya MoU ini juga, kerjasama pihak-pihak dari kedua-dua buah negara turut merangkumi bidang pembangunan sumber manusia, kerjasama penyelidikan dan pembangunan bidang pendidikan, penelitian dan khidmat masyarakat dalam rangka dakwah, tarbiyah dan kebajikan.

Hadir sama dalam sesi berkenaan, Ketua Pengarah Eksekutif MIEB, Hj. Mohd Husni Abd Shukor, dan Setiausaha Lembaga Pemegang Amanah MIEB, Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor.

Para delegasi dijadualkan akan mengadakan lawatan ke SRI Al-Amin Keramat, SRI Al-Amin Gombak, SRI Hira’ Klang pada esok sebelum berkunjung ke SRI Al-Amin Bangi, SRI Al-Amin Nilai dan SRI As-Saidiyyah Seremban pada Jumaat.

BERITA

KUALA LUMPUR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Riyadatul A’mal, Kuala

BERITA

SUNGAI PETANI – Seramai 21 orang guru dari institusi pendidikan, rendah dan menengah dalam rangkaian Musleh di zon utara diraikan

BERITA

KLANG – Alhamdulillah, Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (SMITQ Hira’) melakar kejayaan membanggakan apabila pasukan Maryam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru agar perbincangan mengenai keputusan Programme for International Student Assessment (PISA) 2025 tidak

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus