Kem Khalifah Muda 2023

SHAH ALAM – Seramai 90 murid dari sekolah-sekolah rendah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad seluruh negara hadir menyertai Kem Khalifah Muda 2023 anjuran Sektor Sokongan dan Pembangunan Murid IKRAM Musleh bermula Rabu lalu sebelum berakhir hari ini di sini.

Membawa tema kepimpinan rahmah dalam masyarakat madani, para peserta yang terdiri daripada kalangan pemimpin pengawas sekolah diharapkan agar memiliki sikap yang rahmah, mempraktikkan gaya kepimpinan yang rahmah serta bermotivasi tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin murid.

Selain itu, Ketua Sektor Sokongan dan Pembangunan Murid IKRAM Musleh, Mohd Iswan Mansor berkata, kem ini akan diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang untuk membina generasi pelapis pemimpin yang bersifat rahmah.

Mengandungi 5 modul kesemuanya, kem ini turut menampilkan jemputan khas, ahli motivasi pendidikan, Shahril Sabri.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Musleh Integrated Education Berhad, Dr. Kamaliah Noordin.

BERITA

SERI KEMBANGAN – Empat orang delegasi daripada Two Oceans Graduate Institute (TOGI), sebuah institusi pengajian tinggi swasta dari Afrika Selatan

BERITA

SEREMBAN – Murid Sekolah Rendah Islam (SRI) As-Saidiyyah, Muhammad Harraz Zuhayr Abdul Fattah, 10, telah dipilih sebagai salah seorang Duta

BERITA

YALA, THAILAND – Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH) terus memperluaskan impak pendidikan Islam di peringkat antarabangsa apabila Perunding KRS MUSLEH

BERITA

MIRI – Dua murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Miri mencipta kejayaan membanggakan apabila masing-masing meraih pengiktirafan dalam Program MYY

BERITA

SHAH ALAM – Keupayaan murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, sekolah rangkaian MUSLEH, menghasilkan inovasi bertaraf dunia sekali lagi

BERITA

SERDANG – Semangat meneroka dunia teknologi dan inovasi membuahkan hasil apabila Muhammad Shah Nazrin Mohd Shalahuddin, murid Sekolah Rendah Islam