KRS Musleh: 1471 Anggota Jalani UKPP 2023

SITIAWAN – Seramai 1471 peserta termasuk Guru Pengiring Kontinjen hadir dalam Ujian dan Kursus Kenaikan Pangkat Anggota dan Pegawai Latihan serta Pentauliahan Pegawai Pengurusan (UKPP) 2023 anjuran Kadet Remaja Sekolah Musleh (KRS Musleh) yang telah berlangsung dengan jayanya pada 27 hingga 30 Ogos lalu di sini.

Dalam perkembangan berkaitan, kursus yang berlangsung selama 4 hari 3 malam itu telah melibatkan ujian kenaikan pangkat Pegawai Pengurusan, Leftenan Muda, Pegawai Waran KRSM, Staf Sarjan KRSM, Sarjan KRSM dan Sarjan TKRSM dengan kehadiran 77 orang anggota jawatankuasa terdiri daripada Sekretariat, Urus Setia dan Pembantu Urus Setia bagi menjayakannya.

Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Pengetua Guru Besar Sekolah-Sekolah Islam Malaysia (MPGBSIM), Tuan Isharuddin Ismail. Beliau turut diberi penghormatan untuk penyampaian pentauliahan pangkat kepada Pegawai Pengurusan serta Leftenan Muda KRSM.

“Setinggi harapan agar kursus kenaikan pangkat ini dapat menatijahkan daya kepimpinan yang tinggi dalam diri setiap peserta, khususnya,” tulis Perunding KRS Musleh, Mazuwin Mohamad Yusof dalam laporannya.

Sumber: https://krsmusleh.com/

BERITA

KUALA LUMPUR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Riyadatul A’mal, Kuala

BERITA

SUNGAI PETANI – Seramai 21 orang guru dari institusi pendidikan, rendah dan menengah dalam rangkaian Musleh di zon utara diraikan

BERITA

KLANG – Alhamdulillah, Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (SMITQ Hira’) melakar kejayaan membanggakan apabila pasukan Maryam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru agar perbincangan mengenai keputusan Programme for International Student Assessment (PISA) 2025 tidak

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus