Kunjungan Hormat JK Pendidikan IKRAM ke Bahagian Pendidikan Swasta

PUTRAJAYA – IKRAM Musleh telah mengadakan kunjungan hormat dan perbincangan bersama Bahagian Pendidikan Swasta (BPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di sini pada semalam, 20 Julai.

IKRAM Musleh yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, Prof. Dr. Omar Yaakob, disertai Timbalan Pengerusinya, Dr. Kamaliah Noordin, Pengarah Eksekutif IKRAM Musleh, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor dan ahli Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, Dr. Azma Mahmod itu tiba di pejabat Bahagian Pendidikan Swasta, KPM dengan disambut oleh Timbalan Pengarah BPS mewakili Pengarah BPS, Puan Noor Akmar Jais dan semua Ketua Sektor BPS.

Dalam pertemuan yang berlangsung hampir 3 jam itu, Prof. Dr. Omar telah membentangkan pengenalan mengenai Pendidikan IKRAM dan beberapa isu, cabaran serta cadangan untuk pertimbangan pihak BPS.

Antara isu dan cabaran tersebut termasuklah pengiktirafan BPS terhadap Program Syahadah Perguruan Asas IKRAM Musleh (SPAIM) dan Program Syahadah Perguruan Asas Pra-Sekolah IKRAM Musleh (SPAPIM) sebagai memenuhi syarat KPM bagi kelayakan profesionalisme keguruan yang perlu dimiliki oleh guru-guru untuk mengajar di Institusi Pendidikan IKRAM.

Selain itu, turut dibincangkan secara lanjut mengenai pendaftaran tetap dan sementara Sekolah-sekolah Menengah Islam IKRAM Musleh dengan pihak KPM untuk mengelakkan pihak sekolah daripada terpaksa mengemukakan permohonan pendaftaran setiap tahun dan memudahkan sekolah tersebut untuk dijadikan sebagai pusat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Sementara itu, isu pelepasan cukai ke atas yuran-yuran sekolah yang dibayar oleh ibu bapa kepada anak-anak yang bersekolah di sekolah swasta dan isu pengecualian dari yuran Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) turut dibincangkan.

Dapatan daripada perbincangan tersebut ialah kedua-dua pihak bersetuju mengambil tindakan susulan dengan kadar segera demi kemaslahatan proses pendidikan anak-anak di Institusi Pendidikan IKRAM di seluruh negara.

BERITA

SERI KEMBANGAN – Empat orang delegasi daripada Two Oceans Graduate Institute (TOGI), sebuah institusi pengajian tinggi swasta dari Afrika Selatan

BERITA

SEREMBAN – Murid Sekolah Rendah Islam (SRI) As-Saidiyyah, Muhammad Harraz Zuhayr Abdul Fattah, 10, telah dipilih sebagai salah seorang Duta

BERITA

YALA, THAILAND – Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH) terus memperluaskan impak pendidikan Islam di peringkat antarabangsa apabila Perunding KRS MUSLEH

BERITA

MIRI – Dua murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Miri mencipta kejayaan membanggakan apabila masing-masing meraih pengiktirafan dalam Program MYY

BERITA

SHAH ALAM – Keupayaan murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, sekolah rangkaian MUSLEH, menghasilkan inovasi bertaraf dunia sekali lagi

BERITA

SERDANG – Semangat meneroka dunia teknologi dan inovasi membuahkan hasil apabila Muhammad Shah Nazrin Mohd Shalahuddin, murid Sekolah Rendah Islam