SPM 2022: Tahniah pada Semua Calon

SERI KEMBANGAN – Seramai 863 calon dari keseluruhan 15 buah sekolah menengah IKRAM Musleh menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 dan telah menerima keputusan rasminya di sekolah masing-masing semalam.

Sekolah-sekolah menengah IKRAM Musleh mendapat Gred Purata bagi SPM 2022 sebanyak 3.76 berbanding 3.95 pada tahun 2021.

“Nilai Gred Purata IKRAM Musleh yang dicatatkan dalam SPM bagi tahun 2022 adalah 3.76 dan nilai ini sebenarnya meningkat sebanyak 0.19 berbanding tahun sebelumnya,” ujar Timbalan Pengerusi JK Pendidikan IKRAM, Dr. Kamaliah Noordin.

“Pendidikan IKRAM Musleh Berhad turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua Pengetua dan seluruh warga sekolah menengah IKRAM Musleh khususnya para pelajar Tingkatan 5 bagi sesi 2022 atas kejayaan dalam SPM 2022,” katanya lagi ketika ditemui hari ini.

Sementara itu, Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan semalam, seramai 10,109 calon SPM 2022 memperoleh keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran dan nilai Gred Purata Nasional yang direkodkan adalah sebanyak 4.74 berbanding 4.86 pada tahun sebelumnya.

BERITA

KUALA LUMPUR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Riyadatul A’mal, Kuala

BERITA

SUNGAI PETANI – Seramai 21 orang guru dari institusi pendidikan, rendah dan menengah dalam rangkaian Musleh di zon utara diraikan

BERITA

KLANG – Alhamdulillah, Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (SMITQ Hira’) melakar kejayaan membanggakan apabila pasukan Maryam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru agar perbincangan mengenai keputusan Programme for International Student Assessment (PISA) 2025 tidak

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus