SRIAZ Raih Tiga Anugerah dalam Majlis Apresiasi Institusi Pendidikan Islam Negeri Perlis

KANGAR – Menunjukkan prestasi cemerlang, Sekolah Rendah Islam Al-Azhar, Arau (SRIAZ) telah dipilih untuk menerima Anugerah Premis Harapan Sekolah Rendah Agama Swasta Tahun 2022/2023 dalam Majlis Apresiasi Institusi Pendidikan Islam Negeri Perlis Bagi Tahun 2022/2023 yang berlangsung malam tadi di sini.

Pada masa sama, Afifah Abdullah dari SRIAZ turut dianugerahkan Anugerah Guru Cemerlang bagi kategori Sekolah Rendah Agama Swasta Tahun 2022/2023 serta adik Nur Insyirah Hani Nur Saifullah, murid tahun 6 dari SRIAZ pula telah menerima Anugerah Murid Cemerlang bagi kategori sama.


Sementara itu, majlis yang diadakan di Hotel Putra Regency itu telah berkenan dirasmikan oleh Pemangku Raja Perlis, Tuan Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda dalam ucapannya, bertitah bahawa Pendidikan Islam merupakan asas terpenting dalam usaha membangun dan memperkasakan umat Islam untuk memastikan generasi hari ini terus berpegang dengan ajaran agama Islam yang sahih.

Antara yang hadir ialah Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainal Abidin, Ketua Bahagian Pendidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Hanifuddin Roslan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAKIM, Mohd Anuar Abd Rani dan barisan exco kerajaan negeri.

Hadir sama, Guru Besar SRIAZ, Afifah Aliya, Ahli Lembaga Pengelola Sekolah (Kurikulum), Prof. Madya Dr. Shahrir Rizal Kasjoo dan barisan wakil pentadbiran sekolah.

BERITA

KUALA LUMPUR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Riyadatul A’mal, Kuala

BERITA

SUNGAI PETANI – Seramai 21 orang guru dari institusi pendidikan, rendah dan menengah dalam rangkaian Musleh di zon utara diraikan

BERITA

KLANG – Alhamdulillah, Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (SMITQ Hira’) melakar kejayaan membanggakan apabila pasukan Maryam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru agar perbincangan mengenai keputusan Programme for International Student Assessment (PISA) 2025 tidak

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus