Kelab Doktor Muda SRAH Promosi Cara Cegah HFMD

Ipoh – Perak merupakan antara negeri tertinggi merekodkan kes penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) selepas Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dan Sabah. Memetik laporan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, sebanyak 47, 209 kes HFMD direkodkan setakat 21 Mei lalu iaitu peningkatan sebanyak 20 kali ganda berbanding tempoh sama pada tahun 2021 yang hanya mencatatkan 2, 237 kes.

Sehubungan itu, Kelab Doktor Muda Sekolah Rendah Al-Hidayah, Ipoh (SRAH) telah menganjurkan Program Cegah Penyakit Tangan Kaki dan Mulut pada Selasa lalu di sini.

Program yang antara lainnya bertujuan untuk memberikan pengetahuan kepada murid-murid dan warga sekolah tentang penyakit HFMD itu turut memfokuskan objektif program kepada memberikan pendedahan awal kepada murid-murid dan warga sekolah tentang aktiviti kawalan dan pencegahan daripada dijangkiti virus ini.

Penyakit HFMD yang sangat mudah merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuhan secara langsung itu boleh dicegah sekiranya amalan mencuci tangan dengan sempurna menggunakan sabun dan air bersih dilakukan sekerapnya seperti sebelum makan atau minum, selepas keluar dari tandas dan selepas bermain.

Kelab Doktor Muda merupakan salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah rendah dan berperanan untuk melaksanakan aktiviti promosi kesihatan di sekolah. Tahniah kepada Kelab Doktor Muda, SRAH, Ipoh.

Sumber: Facebook Sekolah Rendah Al-Hidayah, Ipoh

BERITA

KUALA LUMPUR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Riyadatul A’mal, Kuala

BERITA

SUNGAI PETANI – Seramai 21 orang guru dari institusi pendidikan, rendah dan menengah dalam rangkaian Musleh di zon utara diraikan

BERITA

KLANG – Alhamdulillah, Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (SMITQ Hira’) melakar kejayaan membanggakan apabila pasukan Maryam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru agar perbincangan mengenai keputusan Programme for International Student Assessment (PISA) 2025 tidak

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus