Skuad Memanah SMAI di Mahrajan Memanah Kedah


Merbok – Setelah 2 tahun sunyi daripada pertandingan memanah akibat pandemik, Mahrajan Memanah Peringkat Negeri Kedah kembali dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah pada 21 Mei 2022 lalu bertempat di UiTM Merbok.

Skuad memanah dari Kelab Memanah Recurve, Sekolah Menengah Islam Al-Islah, Sg Petani (SMAI), dengan diwakili oleh Muhammad Farhan Muhammad Fauzi, 17, Muhammad Harith Naufal Radzuan, 17, Nur Wirda Nusyur Mohamad Fauzan, 16 dan Auni Nazirah Azhar, 17 telah mengambil bahagian bagi kategori 60 meter bawah 18 tahun.

Gandingan Farhan dan Harith Naufal telah menduduki tempat ke-5 dan ke-6 banin, manakala Wirda Nusyur dan Auni Nazirah telah menduduki tempat ke-6 dan ke-7 bagi banat.

“Kita menjangkakan untuk SMAI sekali lagi mewakili negeri ke peringkat kebangsaan seperti tahun-tahun sudah. Namun, harus diakui saingan yang sengit daripada peserta lain dan semenjak pandemik, latihan memanah tidak dapat dijalankan sekerap dahulu, menyebabkan hasrat tersebut tidak kesampaian,” ujar jurulatih skuad memanah SMAI, Muhamad Nabil Fikri Mohd Daud.

“Kita akan fokus sesi latihan selepas ini untuk Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah (MSSD) yang akan berlangsung pada Julai nanti,” tambah beliau.

Skuad memanah dari SMAI merupakan wakil negeri Kedah bagi Mahrajan Memanah Peringkat Kebangsaan untuk tiga tahun berturut-turut pada 2017, 2018 dan 2019.

BERITA

SERI KEMBANGAN – Empat orang delegasi daripada Two Oceans Graduate Institute (TOGI), sebuah institusi pengajian tinggi swasta dari Afrika Selatan

BERITA

SEREMBAN – Murid Sekolah Rendah Islam (SRI) As-Saidiyyah, Muhammad Harraz Zuhayr Abdul Fattah, 10, telah dipilih sebagai salah seorang Duta

BERITA

YALA, THAILAND – Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH) terus memperluaskan impak pendidikan Islam di peringkat antarabangsa apabila Perunding KRS MUSLEH

BERITA

MIRI – Dua murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Miri mencipta kejayaan membanggakan apabila masing-masing meraih pengiktirafan dalam Program MYY

BERITA

SHAH ALAM – Keupayaan murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, sekolah rangkaian MUSLEH, menghasilkan inovasi bertaraf dunia sekali lagi

BERITA

SERDANG – Semangat meneroka dunia teknologi dan inovasi membuahkan hasil apabila Muhammad Shah Nazrin Mohd Shalahuddin, murid Sekolah Rendah Islam