2 Guru IKRAM Musleh Terima Anugerah sempena Sambutan Hari Guru

Aniza Binti Mamat dari SR Islam Al-Amin, Kemaman, Terengganu.

SERI KEMBANGAN – Guru dari SR Islam Al-Amin, Kemaman, Aniza binti Mamat menerima anugerah Guru Cemerlang Guru Sekolah Swasta sempena Sambutan Hari Guru peringkat Negeri Terengganu Kali Ke-51 yang telah berlangsung pada 19 Mei lalu di Raia Hotel & Convention Centre, Terengganu.

Aniza atau Kapten KRSM Aniza yang juga telah dinobatkan sebagai Guru Cemerlang Negeri Terengganu oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Negeri Terengganu itu turut terlibat secara aktif sebagai ahli sekretariat Kadet Remaja Sekolah Musleh (KRSM). Majlis penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Memetik status yang ditulis di laman facebook miliknya, beliau menzahirkan rasa penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat menyokong jatuh bangun beliau sebagai pendidik terutamanya ahli keluarga yang sangat memahami beban tugasnya sebagai seorang guru.

“Saya sangat bertuah dan bersyukur kerana dikelilingi oleh mereka yang positif dan ingin melihat anak bangsa dan agama maju di persada dunia. Keadaan ini telah membentuk jati diri saya menjadi seorang guru yang sentiasa ingin mencabar diri sendiri menjadi lebih maju dan terus memandang ke hadapan,” tambah beliau lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Guru Besar SR Islam Al-Ikram, Kepala Batas, Pulau Pinang, Ahmad Hafiz bin Mohd telah dinobatkan sebagai Guru Cemerlang Kategori Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) 2022 anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

Beliau yang telah berkhidmat selama 13 tahun dalam bidang pendidikan itu bergiat aktif sebagai Komanden Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh (TKRSM), jurulatih Pertandingan Debat Bahasa Melayu Antarabangsa dan jurulatih Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu sempena Karnival Amal Islami Musleh serta pernah dianugerahkan anugerah Guru Terbaik UPSR (Bahasa Inggeris).

Selain itu, SR Islam Al-Ikram di bawah pentadbirannya turut pernah menerima anugerah Pencapaian UPKK Terbaik SRAR Pulau Pinang pada tahun 2018 dan 2019 serta dinobatkan sebagai Sekolah Terbaik UPKK Kategori SRAR Pulau Pinang.

BERITA

SERDANG â€“ Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) 2026 pada Sabtu, 20 Jun 2026, sebagai medan

BERITA

SERI KEMBANGAN – MUSLEH merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid sekolah rangkaiannya yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Minecraft Education Challenge

BERITA

JOHOR BAHRU – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru mencatat pencapaian cemerlang apabila berjaya mengharumkan nama negara

BERITA

SHAH ALAM – Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang diumumkan sebagai Sekolah Rendah Islam Integrasi (SRII) Cemerlang bagi kategori Anugerah

BERITA

IPOH – Sekolah Rendah Islam Al-Hidayah Ipoh, salah sebuah sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad melakar kejayaan membanggakan apabila dinobat

BERITA

IPOH – Sekolah Rendah Islam I-Musleh menyerlah di pentas pendidikan negara apabila salah seorang pendidiknya, Natasha Faradilla Jamil, diumumkan sebagai