Harraz Johan Silat Olahraga Jemputan Peringkat Kebangsaan

Temerloh – Harraz Haziq, 9 dari Sekolah Rendah Islam Hidayah, Batu Pahat muncul Johan bagi kategori Terbuka Usia Dini A Putra (9-10 tahun) dalam Kejuaraan Silat Olahraga Jemputan Kebangsaan 2021 kali ke-3 anjuran Persatuan Silat Cekak Harimau Malaysia (PSCHM) yang berlangsung di sini pada Selasa.

Harraz yang turut mewakili negeri Johor itu mengekalkan prestasi cemerlang dalam setiap perlawanan yang disertainya sepanjang 4 hari kejuaraan berlangsung sehingga berjaya mara ke peringkat akhir sebelum menewaskan lawannya dan sekaligus membawa pulang pingat emas bagi kategori itu.

Dalam perkembangan yang berkaitan, lebih 500 peserta hadir dari seluruh tanah air untuk menyertai kejuaraan yang diadakan sempena 40 tahun penubuhan PSCHM itu dan pertama kali diadakan semenjak pandemik COVID-19.

Tahniah kepada pemenang dan seluruh pasukan serta ibu bapa yang mendokong.

Sumber: Facebook Sekolah Rendah Islam Hidayah Pasirris Batu Pahat

BERITA

SERI KEMBANGAN – Empat orang delegasi daripada Two Oceans Graduate Institute (TOGI), sebuah institusi pengajian tinggi swasta dari Afrika Selatan

BERITA

SEREMBAN – Murid Sekolah Rendah Islam (SRI) As-Saidiyyah, Muhammad Harraz Zuhayr Abdul Fattah, 10, telah dipilih sebagai salah seorang Duta

BERITA

YALA, THAILAND – Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH) terus memperluaskan impak pendidikan Islam di peringkat antarabangsa apabila Perunding KRS MUSLEH

BERITA

MIRI – Dua murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Miri mencipta kejayaan membanggakan apabila masing-masing meraih pengiktirafan dalam Program MYY

BERITA

SHAH ALAM – Keupayaan murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, sekolah rangkaian MUSLEH, menghasilkan inovasi bertaraf dunia sekali lagi

BERITA

SERDANG – Semangat meneroka dunia teknologi dan inovasi membuahkan hasil apabila Muhammad Shah Nazrin Mohd Shalahuddin, murid Sekolah Rendah Islam