Memperkasa Warisan Memanah: METRA Musleh Laksana Kursus Kejurulatihan Tahap 1

KUALA KANGSAR – Persatuan Memanah Tradisional Musleh (METRA) telah menganjurkan Kursus Kejurulatihan Tahap 1 Memanah Tradisional selama dua hari bermula 15 hingga 16 November lalu bertempat di Pusat Panahan Khurasan dan Pusat Komuniti Kuala Kangsar yang diuruskan oleh Perunding KRS Musleh Sdn Bhd.

Program ini menghimpunkan peserta dari pelbagai latar belakang yang berminat mendalami asas kejurulatihan dalam memanah tradisional, khususnya bagi tujuan pembangunan bakat di peringkat komuniti.

Menurut pihak penganjur, kursus berkenaan dirangka untuk memastikan peserta bukan sahaja menguasai teknik memanah, tetapi turut memahami pendekatan latihan yang betul, sistematik dan selamat.

Antara kandungan utama kursus ialah:

  • Senaman Memanah sebagai komponen pemanasan dan persediaan fizikal, memberi penekanan terhadap kekuatan teras, kestabilan dan kawalan pernafasan.
  • 7 Langkah Memanah, iaitu rangka asas teknik memanah tradisional merangkumi postur, penarikan busur, pelepasan serta susulan.
  • Latihan Blind Nocking yang bertujuan meningkatkan konsistensi dengan mengenal pasti kedudukan anak panah tanpa bergantung sepenuhnya kepada penglihatan.
  • Latihan Fast Shooting untuk melatih kecekapan dan kelajuan nocking serta pelepasan panah secara terkawal.

Kursus ini telah dikendalikan oleh Jurulatih Utama memanah tradisional Musleh iaitu Muhammad Rubaie Abd Rahaim serta Kamaruzaman Che Ya yang juga merupakan Pengerusi METRA. Turut hadir dalam sesi penutup, Pengerusi KRS Musleh, Left. Kol. Abd Rahaim Md Isa.

Kursus ini dilihat sebagai salah satu usaha METRA memperluas penglibatan masyarakat dalam memanah tradisional, selain memastikan wujudnya jurulatih bertauliah yang mampu memenuhi keperluan latihan di peringkat akar umbi.

Pihak penganjur turut menyatakan komitmen untuk meneruskan program seumpama ini bagi memperkukuh ekosistem memanah tradisional di Malaysia, selaras dengan matlamat melahirkan pemanah berdisiplin dan berkemahiran tinggi.

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus

BERITA

KUALA TERENGGANU – Alhamdulillah, Guru Besar Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Kerteh, salah sebuah sekolah rendah dalam rangkaian MIEB, Puan

BERITA

SINTOK – Sekolah Rendah Islam (SRI) Hidayah Johor Bahru, salah sebuah sekolah rendah dalam rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH),

BERITA

MELAKA – Sekolah Rendah Islam (SRI) I-Musleh, salah sebuah sekolah rendah Islam rangkaian MUSLEH, terus mengukir pencapaian membanggakan apabila menerima

BERITA

SUBANG JAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru melalui pasukan robotiknya, GUIDANCE, berjaya meraih Johan Grand Sumo Rumble