Training of Trainers Kem Kepimpinan Rahmah

BANGI – Bertujuan melatih para guru dalam mengendalikan kem kepimpinan rahmah untuk murid-murid sekolah rendah rangkaian Musleh, Sektor Sokongan dan Pembangunan Murid, Centre of Learning Excellence (CLE) telah menganjurkan Training of Trainers Kem Kepimpinan Rahmah 2024 selama 2 hari sebelum berakhir semalam, di sini.

Seramai 37 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru sekolah rendah rangkaian Musleh dari seluruh negara diberikan pendedahan kepada teknik reka bentuk modul kepimpinan yang dipilih, analisis keperluan latihan, serta pendekatan gamifikasi untuk memperkasakan penyampaian latihan.

Turut hadir dan merasmikan program, Pengurus Besar CLE, Dr. Kamaliah Noordin.

Katanya, melalui konsep kepimpinan rahmah ini, murid-murid yang dibentuk dan dididik di sekolah bukan sahaja diharapkan dapat menjadi pemimpin yang berkemahiran, tetapi juga menjadi individu yang dekat dengan Tuhan, bertanggungjawab kepada masyarakat dan mampu membawa perubahan positif kepada ummah.

Selain itu, dua orang peserta, Mujahid Mos Sahid dari Sekolah Rendah Islam Aman Machang dan Siti Nurnasihah Abdullah Sani dari Sekolah Rendah i-Musleh Melaka telah dipilih sebagai Peserta Terbaik Lelaki dan Peserta Terbaik Perempuan atas komitmen yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung.

Dalam perkembangan sama, Pengarah Program, Abdul Qayyum Yaakop turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program.

“Semoga program ini menjadi pemangkin kepada usaha melahirkan lebih ramai pemimpin muda yang cemerlang, berakhlak Rabbani, dan berwawasan, sesuai dengan objektif dan nilai yang ingin diterapkan melalui Kem Kepimpinan Rahmah,” ujarnya.

BERITA

KUALA LUMPUR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Riyadatul A’mal, Kuala

BERITA

SUNGAI PETANI – Seramai 21 orang guru dari institusi pendidikan, rendah dan menengah dalam rangkaian Musleh di zon utara diraikan

BERITA

KLANG – Alhamdulillah, Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (SMITQ Hira’) melakar kejayaan membanggakan apabila pasukan Maryam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru agar perbincangan mengenai keputusan Programme for International Student Assessment (PISA) 2025 tidak

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus