MFF Minime International Tournament 2024: Akhdan Menang Emas

KUALA LUMPUR – Akhdan Arsyad Anaqi Azizi, 8, murid Tahun 2 dari Sekolah Rendah Islam As-Saidiyyah terpilih mewakili Malaysia dalam Kejohanan Lawan Pedang Antarabangsa, “3rd MFF Minime International 2024” yang telah berlangsung bermula 30 November sebelum berakhir hari ini di Tan Sri Hamzah Arena, Olympic Council Malaysia di sini.

Mara ke pusingan akhir, Akhdan berjaya menewaskan atlet lawan pedang dari India, Singapura, Filipina serta 2 atlet dari Malaysia sebelum merangkul pingat emas bagi kategori U8 – Men Epee menjadikannya emas kedua untuk negara dalam kejohanan berkenaan setakat ini.

Kejohanan tersebut turut mengumpulkan peserta dari pelbagai buah negara Asia lain seperti Thailand, Vietnam, Taiwan, Hong Kong, Indonesia, India, Korea Selatan dan Australia.

Tahniah diucapkan kepada adik Akhdan dan semua pihak yang terlibat.

BERITA

PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti

BERITA

KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada wakil Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan institusi

BERITA

JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan

BERITA

KUALA LUMPUR – Gandingan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, bersama bapanya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan

BERITA

CYBERJAYA – Dua orang murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai 10 finalis