KEMNAS V: Kontinjen KRS Musleh Berlepas ke Jakarta

SEPANG – Seramai 104 anggota Kadet Remaja Sekolah Musleh (KRS Musleh) dan Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh (TKRS Musleh) dari 16 buah sekolah rendah dan menengah rangkaian IKRAM Musleh termasuk pegawai-pegawai pengurusan kanan, pegawai-pegawai pengiring serta petugas media telah selamat berlepas ke Jakarta untuk menyertai Kem Ukhuwah Nasional (KEMNAS V-2023) pagi ini, di sini.

Turut berlangsung pagi tadi, Majlis Pelepasan Kontinjen KRS Musleh ke Jakarta di ruangan Anjung Tinjau, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia, Tuan Zainuren Mohd Nor yang hadir mewakili Menteri Pendidikan Malaysia, YB Fadhlina Sidek.

Ketua Kontinjen KRS Musleh, Mejar Abd Rahaim Md Isa berkata, KEMNAS V kali ini akan berlangsung selama 4 hari 3 malam bermula 15 Februari hingga 18 Februari di tapak perkhemahan Buperta Cibubur, Jakarta, Indonesia.

“Kontinjen KRS Musleh akan berada di sana lebih lama iaitu bermula hari ini, 14 Februari hingga 20 Februari untuk melakukan lawatan sambil belajar dan kunjungan hormat di beberapa tempat selepas perkhemahan tamat,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif IKRAM Musleh merangkap Penaung KRS Musleh, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor dalam ucapan alu-aluannya, mendoakan agar seluruh kontinjen selamat tiba dan perkhemahan berjalan lancar.

BERITA

PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti

BERITA

KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada wakil Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan institusi

BERITA

JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan

BERITA

KUALA LUMPUR – Gandingan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, bersama bapanya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan

BERITA

CYBERJAYA – Dua orang murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai 10 finalis