Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa Lestarikan Kepelbagaian Bahasa

KUALA LUMPUR – Sempena Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa (HBIA) yang disambut pada 21 Februari setiap tahun di seluruh dunia, telah diadakan Majlis Pelancaran Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa pada Selasa bertempat di Auditorium Cheng Yi, Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Dan Selangor (KLSCAH).

Penganjur utama sambutan pada tahun ini terdiri daripada Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Tamil Foundation Malaysia (TFM), Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG dan Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS).

Dalam ucapan pembukaanya, Pengerusi Jawatankuasa HBIA 2023, Ng Chai Heng berkata, sambutan Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa bukan sahaja memperlihatkan makna simbolik tentang betapa pentingnya kita melindungi dan menjaga bahasa ibunda.

“Pengiktirafan bahasa ibunda turut mempromosi kepelbagaian dan toleransi dari segi budaya, tradisi dan adat resam dan sambutan ini amat penting dalam usaha meningkatkan perpaduan antara rakyat Malaysia,” ujarnya.

Tegasnya lagi, bahasa ibunda juga merupakan hak semua orang untuk mempelajari dan menggunakannya dalam kehidupan harian selaras dengan perlembagaan negara dan sepertimana yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Dengan tema Pendidikan Berbilang Bangsa – Satu Keperluan Untuk Transformasi Pendidikan, beliau turut mengajak semua pihak untuk menerokai potensi dan kelebihan sedia ada dalam masyarakat Malaysia yang sarat dengan kepelbagaian dan memastikan tiada seorang pun yang ketinggalan dalam arus pendidikan hari ini terutamanya pada peringkat pendidikan awal kanak-kanak.

Dalam perkembangan berkaitan, satu sesi forum juga telah diadakan semalam yang menampilkan dua ahli panel yang berpengalaman luas dalam bidang kajian berkaitan bahasa. Ahli panel pertama, Associate Prof. Dr. Helen Ting dari Universiti Kebangsaan Malaysia menyampaikan forumnya yang bertajuk “Beyond Polemics: Towards an Evidence-Based Language Policy Making in Malaysia” manakala Dr. Uniansasmita Samoh dari Universiti Prince of Songkla, Thailand pula menyampaikan tajuk Projek Melayu Patani-Thai MTB-MLE di Sempadan Selatan Thailand.

Antara aktiviti dan pertandingan yang akan dijalankan dalam sambutan HBIA kali ini ialah Pertandingan Menulis Esei bagi murid-murid tahap 2 sekolah rendah, Pertandingan Lukisan bagi murid-murid tahap 1 sekolah rendah, Pertandingan Bicara Berirama bagi murid-murid sekolah rendah dan Aktiviti Mencari Harta Karun (Treasure Hunt) bagi pelajar sekolah menengah.

Majlis pelancaran yang turut mendapat kerjasama KLSCAH, Kadazandusun Language Foundation (KLF), Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), Merdeka University dan The Federation of Alumni Associates of Taiwan Universities, Malaysia (FAATUM) ini telah disiarkan secara langsung di laman facebook International Mother Language Day (IMLD).

Ia juga dijayakan oleh rakan strategik sambutan iaitu Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), Inisiatif Pengislahan Pendidikan Nasional (IPPN), The Malaysia National Commission of UNESCO (NATCOM Malaysia) dan Bangladesh High Commission in Malaysia.

Turut hadir semasa pelancaran, Timbalan Pengerusi HBIA 2023, Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor merangkap Pengarah Eksekutif IKRAM Musleh.

BERITA

SERDANG – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) 2026 pada Sabtu, 20 Jun 2026, sebagai medan

BERITA

SERI KEMBANGAN – MUSLEH merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid sekolah rangkaiannya yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Minecraft Education Challenge

BERITA

JOHOR BAHRU – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru mencatat pencapaian cemerlang apabila berjaya mengharumkan nama negara

BERITA

SHAH ALAM – Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang diumumkan sebagai Sekolah Rendah Islam Integrasi (SRII) Cemerlang bagi kategori Anugerah

BERITA

IPOH – Sekolah Rendah Islam Al-Hidayah Ipoh, salah sebuah sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad melakar kejayaan membanggakan apabila dinobat

BERITA

IPOH – Sekolah Rendah Islam I-Musleh menyerlah di pentas pendidikan negara apabila salah seorang pendidiknya, Natasha Faradilla Jamil, diumumkan sebagai