IQRA Terus Diperkenal ke Sekolah-Sekolah

Shah Alam – Dalam rangka siri taklimat dan penerangan mengenai International Quality Range Assessment (IQRA) ke sekolah-sekolah khususnya sekolah swasta di Malaysia, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) IKRAM Musleh melalui Pengerusinya, Dr. Noor Azlan Ahmad Zanzali bersama ahli jawatankuasanya telah mengadakan kunjungan hormat dan sesi taklimat IQRA ke Integrated Islamic School Shah Alam (IISSA) pada 27 Julai yang lalu.

Kunjungan hormat tersebut disambut oleh Pengarah Eksekutif IISSA, Dr. Sabariah Faridah, Pengetua Sekolah Menengah, Mohd Shaiful dan Guru Besar Sekolah Rendah, Faizal Junid.

Turut dibincangkan dalam sesi berkenaan, hubungan kerjasama yang dapat dijalinkan antara pihak IKRAM Musleh dan IISSA pada masa akan datang.

IQRA merupakan sebuah tinjauan kemenjadian murid berdasarkan 11 ciri-ciri Insan Rabbani yang dibangunkan oleh IKRAM Musleh. Ciri-ciri Insan Rabbani tersebut termasuklah jasmani yang cergas, rohani yang teguh, qalbu yang sejahtera, akidah yang benar, ibadah yang betul, akhlak yang mulia, pengetahuan yang luas dan kefahaman yang mendalam, hikmah yang ketara, pengurusan dan kepimpinan yang berwibawa, dakwah yang istiqamah dan rahmatan lil ‘alamin.

Layari laman sesawang IQRA di pautan www.iqra.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

BERITA

PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti

BERITA

KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada wakil Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan institusi

BERITA

JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan

BERITA

KUALA LUMPUR – Gandingan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, bersama bapanya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan

BERITA

CYBERJAYA – Dua orang murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai 10 finalis