Lawatan Kunjung Bantu Unit Kokurikulum dan Unit Kualiti IKRAM Musleh

Lawatan kunjung bantu ke salah sebuah sekolah rangkaian IKRAM Musleh, SRI Aman Machang.

Kota Bharu – Mejar KRSM Abdul Rahaim Md Isa, Pengerusi Unit Kokurikulum dan KRS Musleh telah melakukan lawatan kunjung bantu ke Pusat Pendidikan Aman di sini pada 5 hingga 6 Disember lalu bersama Mejar KRSM Dr. Shahrinizam Mohd Amin, Pengerusi Unit Kualiti IKRAM Musleh dan Kapten KRSM Rofazli Jusoh, Sekretariat Unit Kokurikulum IKRAM Musleh dan KRS Musleh.

Menurut Mejar KRSM Abdul Rahaim Md Isa yang turut bertindak selaku ketua rombongan dalam rangka kerja lawatan ke sekolah-sekolah rangkaian IKRAM Musleh yang dikelolakan oleh Pusat Pendidikan Aman, lawatan kunjung bantu ini antara lainnya bertujuan untuk mengadakan perbincangan dua hala antara pihak IKRAM Musleh dan pihak pengurusan sekolah secara langsung dan telus. Selain itu, pihak IKRAM Musleh turut berkesempatan meninjau pelaksanaan aktiviti luar bilik darjah yang dilaksanakan di sekolah-sekolah selain mengenal pasti keperluan-keperluan semasa pihak sekolah dalam bidang kokurikulum.

Lawatan kunjung bantu ke SMI Aman, Kota Bharu.


Turut hadir mengiringi rombongan ini ialah Encik Muhammad Afiq Bin Kamarudin, Pengurus Besar Pusat Pendidikan Aman dan Ustaz Omar Bin Alias, Pengurus Pentadbiran Pusat Pendidikan Aman.

Terdahulu, rombongan kunjung bantu ini tiba di Negeri Terengganu dan Pahang pada 4 Disember sebelum meneruskan lawatan ke Negeri Kelantan.

BERITA

SERI KEMBANGAN – Sebahagian besar daripada 2,413 calon dari 39 buah Sekolah Rendah Islam (SRI) rangkaian Musleh menerima keputusan Syahadah

BERITA

GOMBAK – Idea inovasi yang menggabungkan teknologi tenaga solar dan kelestarian hijau membawa tiga pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Islam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah dan rasa bangga atas pencapaian ‘Ayshah Sakeenah Abdullah Khairi dari Sekolah Rendah

BERITA

KUALA KUBU BHARU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru berjaya memenangi tempat kelima bagi kategori Sekolah Menengah dalam

BERITA

KUCHING – Tiga orang pelajar dari Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching berpeluang menyertai International Sarawak Bridge & Mapping Challenge

BERITA

CYBERJAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah, Sg. Petani salah sebuah sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MIEB), mencatat rekod