Perbincangan Dua Hala IKRAM Musleh-KPM

[Abd Rahaim Md Isa (hadapan kiri sekali) menyerahkan buku terbaru hasil penulisan beberapa orang jurulatih Persatuan Memanah Tradisional Musleh (MeTra)
kepada Encik Nazar bin Mamat, Penolong Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, KPM]

Seri Kembangan – Satu mesyuarat dan perbincangan dua hala telah diadakan berkenaan pelaksanaan aktiviti kokurikulum dalam suasana PKPP dan pemurniaan modul KRS MUSLEH Jumaat lalu bertempat di pejabat IKRAM Musleh. Encik Nazar bin Mamat, Penolong Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah hadir selaku wakil daripada pihak KPM dalam pertemuan ini manakala Mejar KRSM Abd Rahaim bin Md Isa, Pengerusi Unit Kokurikulum dan KRS MUSLEH hadir mewakili IKRAM Musleh bersama barisan sekretariat KRS Musleh yang lain.

Encik Nazar bin Mamat pada awal ucapan beliau menzahirkan rasa berterima kasih kepada Unit Kokurikulum IKRAM Musleh dan KRS MUSLEH khususnya yang banyak menganjurkan aktiviti di peringkatan nasional dan antarabangsa.

“Buat masa ini, pihak BSKK telah menyediakan SOP bagi pelaksanaan aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah dan SOP tersebut akan dilaksanakan setelah mendapat kelulusan dan kebenaran daripada pihak pengurusan tertinggi KPM,” tambah beliau.

Selain itu, banyak perkara telah dibincangkan demi memastikan murid-murid sentiasa mendapat peluang dan manfaat untuk dibangunkan modal insannya dalam aspek pembangunan karekter dan kepimpinan.

“IKRAM Musleh komited dalam meningkatkan kerjasama dua hala dengan pihak KPM bagi manfaat para pelajar khususnya dalam aspek kepimpinan dan pembangunan karakter,” ujar Abd Rahaim.

Unit Kokurikulum IKRAM Musleh juga telah menggunakan kesempatan dalam pertemuan ini untuk membentangkan tentang aktivisme MyCARE dalam menerajui usaha-usaha bantuan kemanusiaan di seluruh dunia melalui penubuhan Kelab MyCARE Sekolah-sekolah Rangkaian IKRAM Musleh yang baru dilancarkan pada tahun lepas. Beliau sangat berminat dan menyarankan supaya pihak MyCARE dan IKRAM Musleh membuat permohonan rasmi untuk mendaftarkan Kelab MyCARE dengan KPM.

Pada akhir pertemuan yang memakan masa lebih dua jam itu, beliau menyatakan pihak KRS Malaysia telah menyediakan kriteria penerimaan anugerah pingat dan bintang di atas jasa dan perkhidmatan cemerlang dalam bidang pasukan pakaian seragam termasuk KRS MUSLEH.

Pihak Unit Kokurikulum IKRAM Musleh turut berkesempatan menyampaikan senaskhah buku terbaru hasil penulisan beberapa orang jurulatih Persatuan Memanah Tradisional Musleh (MeTra). Buku ini telah diterbitkan dan dipasarkan oleh Al Ameen Serve Holding Sdn Bhd.

BERITA

PETALING JAYA – Sekolah Rendah i-Musleh meraih Johan dan Naib Johan bagi kategori Robomission Rookie Primary School dalam National Robotic

BERITA

BANGI, 13 Jul – Bagi menghargai perkembangan serta pencapaian Institusi-institusi Pendidikan IKRAM (IPI) yang bernaung di bawah Musleh Integrated Education

BERITA

SERI KEMBANGAN, 2 Mei – Sistem pendidikan untuk umat Islam hendaklah dijiwai dan diresapi dengan ajaran tauhid dari segi teori

BERITA

SERI KEMBANGAN – Menyedari kepentingan penyampaian maklumat yang berkesan dalam memastikan perancangan dan pelaksanaan aktiviti dapat dilaksanakan dengan baik, Sektor

BERITA

KUALA KUBU BHARU – Lebih 3 ribu ahli kontinjen yang terdiri daripada anggota Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh dari Malaysia,

BERITA

SERI KEMBANGAN – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru dan Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Azhar, Arau, masing-masing diumumkan sebagai