Adi Pamer Aksi Cemerlang

 
Kepala Batas – Adi Iskandar, 9, pelajar tahun 3 dari SRI Al-Hidayah, Ipoh telah berjaya mendapat pingat emas dalam SPU Remaja Inter Club Invitational Taekwondo Championship 2019 anjuran Kelab Taekwando SPU (WTF) yang telah berlangsung di Dewan Millenuim, Kepala Batas, Pulau Pinang bermula 20 April hingga 21 April yang lalu.
 
Puan Kerisisiah Mohd Daud, Guru Besar SRI Al-Hidayah, Ipoh berkata, “Adi Iskandar juga telah dinobatkan sebagai Best Performance Player 2019 Zon Utara dalam Kokokrunch Championship Taekwondo 2019 di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 13 April lalu.”
 
Sambung beliau, pada hujung bulan Jun ini, Adi akan ke Kelantan untuk pertandingan Grand Final Sportexcel anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mewakili Negeri Perak dan pada 6 Julai pula akan ke Kuala Lumpur untuk Grand Final Tournament Kokokrunch Championship Taekwando juga anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia.
 
“Semoga beliau akan terus beraksi cemerlang dalam kejohanan yang akan datang dan dapat mengekalkan momentum prestasinya,” ujarnya lagi. 

BERITA

SERI KEMBANGAN – MUSLEH merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid sekolah rangkaiannya yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Minecraft Education Challenge

BERITA

JOHOR BAHRU – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru mencatat pencapaian cemerlang apabila berjaya mengharumkan nama negara

BERITA

HULU SELANGOR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Ustaz Kamaruzaman Che Ya, staf Perunding KRS

BERITA

KUANTAN – Perkhemahan Nasional (PERNAS) 2025 dengan jemputan antarabangsa dan terbuka telah berlangsung dengan penuh jayanya bermula 22 hingga 25

BERITA

CYBERJAYA – Pasukan Robotik Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak (SMIAAG) muncul juara RoboBlitz JAZRO Cup 2025 selepas menewaskan pasukan lawan

BERITA

BEHRANG – Kejohanan Sukan Nasional Sekolah Rendah Islam (SRI) dan Sekolah Menengah Islam (SMI) (KESUNAS) 2025 anjuran Sektor Kokurikulum Musleh