Kenyataan Media: IKRAM SOKONG MANSUHKAN UPSR

dr-omar3

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyambut baik cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menggantikan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan sistem pentaksiran pendidikan yang holistik.

IKRAM berpandangan sistem peperiksaan UPSR kini terlalu bersifat ‘high stake examination’ berorientasikan ranking dan ini telah menimbulkan gejala tidak sihat dalam kalangan pelajar, ibu bapa dan sekolah.

IKRAM menyokong agar pentaksiran UPSR yang kini berbentuk sumatif yang hanya menekankan pencapaian akhir pelajar digantikan dengan pentaksiran formatif yang berbentuk ‘developmental’ secara berterusan.

Hasil pentaksiran formatif dapat memberi maklum balas mengenai perkembangan pelajar sekaligus membolehkan tanda aras pencapaian dan prestasi pelajar diperolehi untuk memperbaiki kurikulum dan pedagogi yang diguna pakai oleh pendidik dalam proses PdP (Pengajaran dan Pembelajaran).

IKRAM juga mengalu-alukan cadangan KPM untuk menetapkan pelajar hanya dinilai 50 peratus dalam akademik dan 50 peratus lagi dinilai oleh pihak sekolah seperti kedatangan, kokurikulum dan sikap pelajar.

IKRAM ingin mengesyorkan agar sistem pentaksiran kebangsaan mengambil kira perkara-perkara berikut:

1. Sistem pentaksiran yang holistik perlu dijadikan teras kepada sistem pendidikan kebangsaan sehingga terlahir insan seimbang dan harmonis seperti mana yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2. Kepimpinan sekolah, pendidik dan ibu bapa sebagai komponen kritikal dalam kejayaan sistem pendidikan hendaklah memahami, menghayati dan melaksanakan falsafah pentaksiran holistik. Komitmen daripada pihak sekolah untuk melaksanakannya secara serius adalah amat penting bagi menjamin kejayaannya.

3. Prasarana dan sistem sokongan yang padu perlu disediakan bagi memberi kemudahan kepada guru-guru untuk melaksanakan pentaksiran ini.

Prof Dr Omar Yaakob
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan
Pertubuhan IKRAM Malaysia

BERITA

KUALA LUMPUR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Riyadatul A’mal, Kuala

BERITA

SUNGAI PETANI – Seramai 21 orang guru dari institusi pendidikan, rendah dan menengah dalam rangkaian Musleh di zon utara diraikan

BERITA

KLANG – Alhamdulillah, Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (SMITQ Hira’) melakar kejayaan membanggakan apabila pasukan Maryam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru agar perbincangan mengenai keputusan Programme for International Student Assessment (PISA) 2025 tidak

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus