PRINT ’14

Interview 1

KUALA KUBU BHARU – Kira-kira 1,274 orang Kadet Remaja Sekolah MUSLEH (KRSM) termasuk kadet dari Indonesia dan Thailand serta 145 orang pengiring telah menyertai Perkhemahan Nasional KRS MUSLEH (PRINT’14) pada 16-19 Disember lalu di Kem Bina Semangat, Ampang Pecah di sini.

PRINT’14 ini adalah kali yang ketiga diadakan oleh KRSM dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), IKRAM-MUSLEH dan Kementerian Pendidikan Malaysia. PRINT sebelumnya telah diadakan pada 2009 di Ulu Yam, Selangor dan pada 2011 di Ulu Bendul, Negeri Sembilan.

Sebanyak 13 buah Sekolah Rendah Islam (SRI) dan 14 Sekolah Menenegah Islam (SMI) dalam sekolah-sekolah IKRAM-MUSLEH menyertai PRINT’14 termasuk Pramuka Jaringan Sekolah Islam Terpadu (JSIT) dari Indonesia dan Luk Se dari Thailand.
Bertemakan ‘Ukhuwah Teras Perjuangan’, PRINT’14 diadakan bagi merapatkan ukhuwwah antara anggota kadet dalam dan luar negara, mengadakan aktiviti berbentuk pertunjukan dan pertandingan kemahiran serta mengadakan pengisian kebudayaan dan IT (Iman dan Taqwa).

PRINT’14 dimeriahkan dengan pelbagai perkongsian, pertunjukan dan pertandingan kemahiran seperti Pertandingan Kawad Kaki & Basic Self Defense (BaSeD), persembahan seni bela diri, program ‘Izzah Nusantara (SMI) dan Sahabat OSEM! (SRI), Pertandingan Masakan Rimba, Orienteering dan Obsrace, Pertandingan Bantu Mula dan Gajet, Kem Kraf serta Malam Kebudayaan.

Dalam pertandingan-pertandingan PRINT’14, Sekolah Menengah Islam Hira’ (SMIH) Jeram muncul Johan keseluruhan dalam kategori Syabab dan Fatayat (SMI) sementara Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) Johor Bahru menjadi johan keseluruhan bagi kategori Syabab dan Fatayat (SRI).
Majlis penutup PRINT’14 dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, Prof Dr Omar Yaakob.

Tahniah kepada pihak penganjur, peserta dan semua yang terlibat dalam menjayakan perkhemahan nasional yang bersejarah ini. Moga menjadi pemangkin ukhuwah dan perjuangan antara negara-negara yang menyertainya, insyaa-Allah.

(artikel dari laman web IKRAM)

 

10868287 838039906237267 4052082675337326408 n   1660304 838035489571042 7384339396458130784 n  10882300 773985432672644 427776495933680353 n

 

BERITA

KUALA LUMPUR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Riyadatul A’mal, Kuala

BERITA

SUNGAI PETANI – Seramai 21 orang guru dari institusi pendidikan, rendah dan menengah dalam rangkaian Musleh di zon utara diraikan

BERITA

KLANG – Alhamdulillah, Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (SMITQ Hira’) melakar kejayaan membanggakan apabila pasukan Maryam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru agar perbincangan mengenai keputusan Programme for International Student Assessment (PISA) 2025 tidak

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus