SKIPS 2026: 11 Sekolah Rangkaian dan Rakan Musleh Terima Pengiktirafan 4 dan 5 Bintang

PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti Institusi Pendidikan Swasta (SKIPS) 2026, sempena Majlis Anugerah SKIPS bagi tahun 2025 dan 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Majlis anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pendidikan Swasta itu disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia, Puan Sarina Salim.

Daripada 50 buah sekolah rendah agama yang dinilai, sebanyak 23 buah sekolah berjaya memperoleh pengiktirafan empat dan lima bintang. Daripada jumlah tersebut, 11 buah sekolah merupakan sebahagian daripada sekolah rangkaian dan rakan Musleh.

Dalam perkembangan berkaitan, tiga daripada 11 buah sekolah berkenaan meraih pengiktirafan lima bintang, manakala lapan buah sekolah lagi menerima pengiktirafan empat bintang.

Pengiktirafan tertinggi lima bintang diberikan kepada Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Gombak, SRI Aman Wakaf Bharu, dan SRI Aman Kota Bharu.

Sementara itu, lapan penerima pengiktirafan empat bintang pula terdiri daripada SRI Hidayah Pasirris Batu Pahat, SRI Sri Al-Amin Bangi, SRI I-Musleh Melaka, SRI As-Saidiyyah Seremban, SRI Al-Ikram Pulau Pinang, SRI Al-Amin Kemaman, Sekolah Rendah Agama (SRA) Al-Amin Nilai, serta sekolah rakan Musleh, SRI Hidayah Desaru.

Mengulas pencapaian tersebut, Ketua Sektor Kualiti, Centre for Learning Excellence (CLE), Dr. Shahrinizam Mohd Amin berkata, usaha membangunkan institusi pendidikan berkualiti tidak seharusnya tertumpu kepada pencapaian akademik semata-mata, malah perlu merangkumi pembentukan generasi Muslim yang berilmu, berakhlak dan berupaya menyumbang kepada masyarakat serta ummah.

Tambahnya lagi pengiktirafan yang diterima perlu menjadi dorongan kepada sekolah-sekolah untuk terus menilai dan menambah baik amalan pengurusan, kualiti perkhidmatan serta persekitaran pembelajaran bagi memenuhi keperluan pendidikan murid yang semakin berkembang.

Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada semua sekolah yang menerima pengiktirafan ini. Semoga pencapaian tersebut menjadi pemangkin kepada usaha penambahbaikan berterusan serta perkongsian amalan baik dalam kalangan sekolah-sekolah Musleh.

BERITA

KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada wakil Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan institusi

BERITA

JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan

BERITA

KUALA LUMPUR – Gandingan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, bersama bapanya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan

BERITA

CYBERJAYA – Dua orang murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai 10 finalis

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan hormat daripada Pusat Latihan Mengajar dan Industri (PuLaMI), Universiti Pendidikan