Murid SMI Al-Amin Kuching Cemerlang dalam Pertandingan Seni Burung Enggang Peringkat Sarawak

KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill Drawing Contest sempena sambutan Hari Enggang Kebangsaan 2026 (National Hornbill Day 2026) yang berlangsung di Sarawak Science Centre semalam, 10 November 2026.

Dalam pertandingan anjuran Sarawak Forestry Corporation (SFC) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Sarawak (MUDeNR) itu, Puteri Sofea Az-Zahra Mohd Azmi berjaya meraih tempat pertama, Nur Aisyah Sofiyah Idris menduduki tempat kedua manakala Sofia binti Fathurrahman memperoleh tempat ketiga.

Bertemakan “Bumi Kenyalang: Preserving Heritage, Protecting Nature”, penganjuran pertandingan ini bertujuan mengetengahkan bakat kreatif kanak-kanak dan remaja serta meningkatkan kesedaran generasi muda terhadap kepentingan memelihara dan memulihara biodiversiti dan khazanah alam Sarawak.

Burung enggang, khususnya Enggang Kenyalang (Buceros rhinoceros), merupakan burung rasmi negeri Sarawak yang mempunyai nilai tersendiri dalam warisan budaya masyarakat setempat.

Selain menjadi simbol identiti negeri, burung enggang memainkan peranan penting dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem hutan. Melalui pemakanan buah-buahan dan penyebaran biji benih, burung ini membantu proses pertumbuhan semula hutan secara semula jadi. Justeru, usaha melindungi habitat dan memastikan kelangsungan spesies ini amat penting untuk generasi akan datang.

Majlis sambutan Hari Enggang Kebangsaan 2026 peringkat Sarawak yang berlangsung dari jam 8 pagi hingga 2 petang telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bersama Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Fauziah Mohd Sanusi.

Terdahulu, pihak SFC turut hadir ke SMI Al-Amin Kuching pada 6 November lalu dalam usaha meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan melindungi hidupan liar, termasuk spesies burung enggang yang dilindungi sepenuhnya di bawah undang-undang negeri.

Berdasarkan Seksyen 29, Wild Life Protection Ordinance 1998, pemilikan spesies hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya tanpa kebenaran merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan undang-undang.

BERITA

PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada wakil Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan institusi

BERITA

JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan

BERITA

KUALA LUMPUR – Gandingan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, bersama bapanya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan

BERITA

CYBERJAYA – Dua orang murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai 10 finalis

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan hormat daripada Pusat Latihan Mengajar dan Industri (PuLaMI), Universiti Pendidikan