Two Oceans Graduate Institute (TOGI) Kunjungi ICEE, MIEB Teroka Kerjasama Strategik dalam Pendidikan Islam

SERI KEMBANGAN – Empat orang delegasi daripada Two Oceans Graduate Institute (TOGI), sebuah institusi pengajian tinggi swasta dari Afrika Selatan yang memfokuskan kepada latihan dan pembangunan guru, telah mengadakan kunjungan ke Islamic Centre for Educational Excellence (ICEE), pusat kecemerlangan pendidikan di bawah Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) semalam di Pejabat Urusan MUSLEH di sini.

Kunjungan yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari itu bertujuan meneroka peluang kerjasama strategik dalam tiga inisiatif utama, iaitu Projek iBecome, Program Sarjana dalam Kepimpinan Pendidikan Islam (Master’s in Islamic Educational Leadership) dan Projek Holistic English.

Turut hadir mewakili ICEE ialah Ustaz Megat Mohamed Amin bin Megat Mohamed Nor, serta Pengurus Besar MIEB, Dr. Noor Liyana Mohd. Nor.

Sesi perbincangan berlangsung dalam suasana yang konstruktif dengan pertukaran pandangan mengenai pembangunan kepimpinan pendidikan, pengukuhan kompetensi pendidik serta usaha memperkasa ekosistem pendidikan Islam melalui inovasi, penyelidikan dan kolaborasi antarabangsa.

Kunjungan ini mencerminkan komitmen MIEB melalui ICEE dalam memperluas jaringan kerjasama strategik bersama institusi pendidikan di peringkat global, sekali gus memperkukuh usaha melahirkan pemimpin dan pendidik yang kompeten serta berupaya menyumbang kepada pembangunan pendidikan Islam yang berkualiti.

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus

BERITA

KUALA TERENGGANU – Alhamdulillah, Guru Besar Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Kerteh, salah sebuah sekolah rendah dalam rangkaian MIEB, Puan

BERITA

SINTOK – Sekolah Rendah Islam (SRI) Hidayah Johor Bahru, salah sebuah sekolah rendah dalam rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH),

BERITA

MELAKA – Sekolah Rendah Islam (SRI) I-Musleh, salah sebuah sekolah rendah Islam rangkaian MUSLEH, terus mengukir pencapaian membanggakan apabila menerima

BERITA

SUBANG JAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru melalui pasukan robotiknya, GUIDANCE, berjaya meraih Johan Grand Sumo Rumble