Murid Sekolah Rangkaian MUSLEH Serlah Kreativiti Digital dalam Minecraft Education Challenge Peringkat Kebangsaan

SERI KEMBANGAN – MUSLEH merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid sekolah rangkaiannya yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Minecraft Education Challenge 2026 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung baru-baru ini.

Pencapaian cemerlang dicatatkan oleh Aqeel Mikail Mohd Nu Aizad, 12 dari Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Gombak setelah diumum menduduki tempat ketiga dalam kategori Sekolah Rendah (Bukan KPM).

Turut mencatat pencapaian cemerlang, Noah Arifazunillah dari Sekolah Rendah Integrasi Al-Amin Bintulu, Sarawak yang berjaya mendapat tempat kelima dalam kategori yang sama.

Selain itu, beberapa pelajar sekolah rangkaian MUSLEH turut meraih saguhati. Antaranya, Ahla Najwa Salsabila dan Muhammad Marzuki Jidan dari Sekolah Rendah Integrasi Al-Amin Bintulu, Sarawak, serta Syed Ali Haydar Syed Hisham dari Sekolah Rendah Islam I-Musleh, Melaka.

Dalam perkembangan berkaitan, pertandingan ini telah menerima 5,757 penyertaan dari seluruh negara, menjadikan pencapaian para pelajar sekolah rangkaian MUSLEH ini signifikan dalam persaingan yang amat kompetitif di peringkat kebangsaan.

Minecraft Education Challenge 2026 Peringkat Kebangsaan merupakan pertandingan yang terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan menengah KPM serta bukan KPM yang merupakan warganegara Malaysia berumur antara 7 hingga 17 tahun.

Bagi edisi tahun ini, peserta dicabar untuk menghasilkan projek kreatif berteraskan tema “Visit Malaysia 2026: Explore Malaysia States, Sustain Our Future”, yang menekankan penerokaan keunikan negeri-negeri di Malaysia serta kepentingan pembangunan mampan untuk masa hadapan.

Syabas dan tahniah kepada semua murid yang terlibat, pihak sekolah, guru-guru dan para ibu bapa yang pastinya banyak menyokong dalam mengembangkan potensi murid.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai murid untuk terus meneroka bidang teknologi digital, berinovasi dan melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

Foto ihsan: Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak

BERITA

KUALA LUMPUR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Riyadatul A’mal, Kuala

BERITA

SUNGAI PETANI – Seramai 21 orang guru dari institusi pendidikan, rendah dan menengah dalam rangkaian Musleh di zon utara diraikan

BERITA

KLANG – Alhamdulillah, Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (SMITQ Hira’) melakar kejayaan membanggakan apabila pasukan Maryam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru agar perbincangan mengenai keputusan Programme for International Student Assessment (PISA) 2025 tidak

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus