SMIAAG Ungguli RoboBlitz JAZRO Cup 2025, Bawa Pulang Kejuaraan Kebangsaan

CYBERJAYA – Pasukan Robotik Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak (SMIAAG) muncul juara RoboBlitz JAZRO Cup 2025 selepas menewaskan pasukan lawan dari Johor dalam perlawanan akhir yang berlangsung penuh sengit pada 14 dan 15 Ogos lalu.

SMIAAG telah menghantar dua pasukan ke kejohanan berprestij peringkat kebangsaan itu.

Pasukan 1 diwakili oleh Mi’mar Muhammad Sinan Hafizulfahmi, Orhan Ghazi Hafizulfahmi, Mu’az Asri Abdul Rahim dan Muhammad Rayyan Zeckri Abdul Adl.

Manakala Pasukan 2 dibarisi oleh Aisha Balqis Hafizulfahmi, Syarifah Arissa Nur Qaisara Syed Muhammad Azry, Syarifah Aqeelah Husna Syed Syarizal serta Surayya Yasmine Syihab.

Dengan semangat juang tinggi, pasukan robotik SMIAAG berjaya mengharumkan nama sekolah dan negeri Selangor yang mereka wakili apabila merangkul tempat pertama dalam kejohanan tersebut. Kemenangan ini dianggap luar biasa kerana pasukan telah mengatasi cabaran sengit daripada wakil negeri lain sebelum mara ke pentas akhir.

SMIAAG dalam kenyataannya menyatakan rasa syukur dan bangga atas pencapaian tersebut dan kemenangan ini membuktikan bahawa pendidikan Islam tidak menghalang kecemerlangan dalam bidang STEM, malah memperkaya pengalaman pelajar dengan nilai integrasi ilmu yang seimbang.

Semoga menjadi inspirasi kepada lebih ramai pelajar untuk menceburi bidang berasaskan inovasi serta menyumbang kepada pembangunan negara pada masa hadapan.

Sumber: Facebook SMI Al-Amin Gombak

BERITA

KUALA LUMPUR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Riyadatul A’mal, Kuala

BERITA

SUNGAI PETANI – Seramai 21 orang guru dari institusi pendidikan, rendah dan menengah dalam rangkaian Musleh di zon utara diraikan

BERITA

KLANG – Alhamdulillah, Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (SMITQ Hira’) melakar kejayaan membanggakan apabila pasukan Maryam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru agar perbincangan mengenai keputusan Programme for International Student Assessment (PISA) 2025 tidak

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus