Kerajaan Negeri Lulus Permohonan Tanah Naik Taraf SRI Al-Amin Keramat

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan permohonan hak milik tanah tambahan kepada Sekolah Rendah Islam Al-Amin Keramat dalam satu Program Penyerahan Bantuan Sekolah-sekolah Negeri Selangor 2023 yang telah berlangsung di Pusat Konvesyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini pada Jumaat, 7 Julai lalu.

Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan kelulusan yang diberi kepada sekolah agama persendirian itu ialah untuk membantu institusi tersebut memperbesar saiz sekolah.

Tambahnya lagi, pusat pendidikan tersebut membuat permohonan tersebut kira-kira dua tahun lalu sebelum diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri baru-baru ini.

Dalam perkembangan sama, kelulusan pemilikan tanah kira-kira 0.14 ekar itu bertujuan untuk menaik taraf kemudahan pendidikan di sekolah itu melibatkan kawasan dataran, kantin dan kabin sekolah.

Penyerahan surat kelulusan pemilikan tanah kerajaan tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor sendiri kepada Guru Besar SRI Al-Amin Keramat, Rozita Arshad.

Hadir sama, Guru Besar SRI Al-Amin Gombak, Mohd Syahil Mohd Rawi dan Pengetua SMI Al-Amin Gombak, Alia Md Nazir serta pihak Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad.

BERITA

KUALA LUMPUR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Riyadatul A’mal, Kuala

BERITA

SUNGAI PETANI – Seramai 21 orang guru dari institusi pendidikan, rendah dan menengah dalam rangkaian Musleh di zon utara diraikan

BERITA

KLANG – Alhamdulillah, Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (SMITQ Hira’) melakar kejayaan membanggakan apabila pasukan Maryam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru agar perbincangan mengenai keputusan Programme for International Student Assessment (PISA) 2025 tidak

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus