SPPIM (SRI) 2024 Catat Peningkatan Dengan Gred Purata 1.47

SERI KEMBANGAN – Sebahagian besar daripada jumlah keseluruhan 2, 186 orang calon dari 35 buah Sekolah Rendah Islam rangkaian Musleh telah menerima keputusan Syahadah Pentaksiran Pelajar IKRAM Musleh (SPPIM) 2024 di sekolah masing-masing semalam, sementara sebahagiannya lagi pada hari ini.

Keputusan yang dijadualkan keluar secara rasmi pada jam 11.00 pagi semalam menyaksikan rata-rata calon menerimanya di sekolah masing-masing sambil diiringi oleh ibu bapa.

Kesemua 35 buah sekolah rendah berkenaan mendapat gred purata sekolah bagi SPPIM (SRI) 2024 sebanyak 1.47 berbanding 1.53 pada tahun sebelumnya yang melibatkan 34 buah sekolah rendah.

Sementara itu, subjek Akhlak menunjukkan peningkatan signifikan sebanyak 0.15 iaitu gred purata subjek pada 2024 ialah 1.18 berbanding 1.33 tahun lalu dengan 31 buah sekolah mencatat 100 peratus kelulusan untuk subjek berkenaan.

Turut menunjukkan peningkatan, subjek Akidah sebanyak 0.02 kepada 1.29 dan Hafazan Al-Quran sebanyak 0.17 kepada 1.75 berbanding 1.92 pada tahun sebelumnya.

Dalam perkembangan sama, subjek Bahasa Arab terus menunjukkan peningkatan yang konsisten sejak beberapa tahun kebelakangan dengan mencatatkan gred purata subjek 1.62 pada tahun ini berbanding 1.72 pada 2023 dan 1.85 pada 2022.

Selain itu, gred purata subjek Sirah juga meningkat sebanyak 0.13 kepada 1.34 berbanding 1.47 pada tahun lalu manakala subjek Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Musleh kekal sama dengan gred purata 1.17, namun mencatat peratus kelulusan tertinggi dengan 34 buah sekolah mencatat 100 peratus kelulusan.

Dalam perkembangan berkaitan, Musleh Integrated Education Berhad mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua Guru Besar dan seluruh warga sekolah-sekolah rendah rangkaian Musleh khususnya murid-murid Tahun 6 bagi sesi 2024/2025 atas kejayaan mereka dalam SPPIM (SRI) 2024.

SPPIM (SRI) merupakan salah satu daripada kaedah pentaksiran berasaskan sekolah yang dijalankan ke atas murid-murid tahun akhir di sekolah rendah dalam membuat penilaian kepada kemenjadian murid secara holistik.

Pentaksiran yang dijalankan itu melibatkan peperiksaan bertulis yang mewakili 40 peratus daripada markah keseluruhan, manakala bakinya melalui penilaian berterusan dalam pelbagai aktiviti seperti kerja kursus, projek, latihan amali, ujian lisan, ujian hafazan dan pentaksiran konstruk murid yang dilaksanakan sepanjang tahun.

BERITA

SERI KEMBANGAN – MUSLEH merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid sekolah rangkaiannya yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Minecraft Education Challenge

BERITA

JOHOR BAHRU – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru mencatat pencapaian cemerlang apabila berjaya mengharumkan nama negara

BERITA

SHAH ALAM – Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang diumumkan sebagai Sekolah Rendah Islam Integrasi (SRII) Cemerlang bagi kategori Anugerah

BERITA

IPOH – Sekolah Rendah Islam Al-Hidayah Ipoh, salah sebuah sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad melakar kejayaan membanggakan apabila dinobat

BERITA

IPOH – Sekolah Rendah Islam I-Musleh menyerlah di pentas pendidikan negara apabila salah seorang pendidiknya, Natasha Faradilla Jamil, diumumkan sebagai

BERITA

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Salam sejahtera dan salam Musleh kepada seluruh warga pendidik yang saya kasihi. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan