114 Graduan Dirai dalam Majlis Konvokesyen SPAIM

Majlis Konvokesyen SPAIM Zon Pantai Timur
Sumber foto: Majlis Pengetua Guru Besar Sekolah-Sekolah Islam Malaysia

Seri Kembangan – Seramai 114 graduan program latihan pengajian ikhtisas guru yang tamat menjalani Sijil Syahadah Perguruan Asas IKRAM Musleh (SPAIM) Kohort 1 dan Kohort 2 dirai mengikut zon masing-masing dalam Majlis Konvokesyen Syahadah Perguruan Asas IKRAM Musleh bagi tahun 2021.

Istiadat yang pertama kali diadakan semenjak pandemik itu, telah berlangsung di tiga zon berasingan bagi meraikan para graduan dari Institusi Pendidikan IKRAM di Zon Utara pada 1 Disember 2021, Zon Pantai Timur pada 11 Disember 2021 dan yang terakhir di Zon Tengah pada 17 Januari yang lalu.

Daripada jumlah itu, 17 graduan merupakan penerima Sijil Syahadah Perguruan Asas Prasekolah IKRAM Musleh (SPAPIM) dan selebihnya, 97 merupakan penerima Sijil Syahadah Perguruan Asas IKRAM Musleh (SPAIM).

Ketua Unit Latihan IKRAM Musleh, Dr. Azma Mahmood, sewaktu ucapan pembukaannya dalam Majlis Konvokesyen SPAIM bagi Zon Tengah berkata, Pendidikan IKRAM Musleh terus komited untuk melatih guru-guru rangkaian sekolah IKRAM Musleh melalui program-program pembangunan profesionalisme keguruan IKRAM Musleh dalam segenap aspek khususnya dari sudut pelaksanaan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).

Majlis Konvokesyen SPAIM Zon Tengah.


“Kini, terdapat lapan pusat pengajian SPAIM. Antaranya, Pusat Pendidikan Al-Amin Bangi, Pusat Pendidikan Al-Amin Kemaman, Pusat Pendidikan Al-Ikram Pulau Pinang, Pusat Pendidikan Hidayah Johor Bahru, Pusat Pendidikan Al-Azhar Jitra, Pusat Pendidikan Hira’ Klang, Pusat Pendidikan Al-Hidayah Ipoh dan Pusat Pendidikan Aman Kota Bharu. Insya-Allah pada tahun ini, kita berharap akan bertambah lagi pusat-pusat latihan SPAIM di seluruh negara,” katanya.

Tambahnya lagi, dengan adanya guru-guru yang berkemahiran serta diiktiraf melalui platform yang telah disediakan, mudah-mudahan strategi pendidikan yang lebih berkualiti dan memenuhi ekspektasi dapat diberikan sekaligus mencapai tujuan yang sama-sama dihasratkan.

Semoga majlis ini akan memberi semangat kepada warga pendidik IKRAM MUSLEH untuk terus memacu kecemerlangan holistik bagi membina generasi yang soleh dan musleh.

Majlis Konvokesyen SPAIM Zon Utara.

Program Syahadah Perguruan Asas IKRAM Musleh (SPAIM) adalah program latihan pengajian ikhtisas bagi semua guru dalam rangkaian sekolah IKRAM Musleh. Pada tahun 2003, program Diploma Pendidikan MUSLEH telah ditukarkan kepada Syahadah Perguruan IKRAM-MUSLEH (SPIIM) sebelum direviu pada tahun 2018 dan ditukar kepada SPAIM.

BERITA

SERDANG â€“ Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) 2026 pada Sabtu, 20 Jun 2026, sebagai medan

BERITA

SERI KEMBANGAN – MUSLEH merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid sekolah rangkaiannya yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Minecraft Education Challenge

BERITA

JOHOR BAHRU – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru mencatat pencapaian cemerlang apabila berjaya mengharumkan nama negara

BERITA

SHAH ALAM – Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang diumumkan sebagai Sekolah Rendah Islam Integrasi (SRII) Cemerlang bagi kategori Anugerah

BERITA

IPOH – Sekolah Rendah Islam Al-Hidayah Ipoh, salah sebuah sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad melakar kejayaan membanggakan apabila dinobat

BERITA

IPOH – Sekolah Rendah Islam I-Musleh menyerlah di pentas pendidikan negara apabila salah seorang pendidiknya, Natasha Faradilla Jamil, diumumkan sebagai