SMI Hidayah Mara ke Peringkat Kebangsaan

Pasir Gudang – Dua pasukan dari SMI Hidayah telah berjaya mara ke peringkat kebangsaan selepas dinobatkan sebagai Johan dan Naib Johan dalam Youth Industry Bootcamp 2019 anjuran CREST Talent Development dengan kerjasama UiTM Pasir Gudang selaku tuan rumah Zon Selatan bagi tahun 2019 yang berakhir semalam.

Kumpulan Adruino terdiri daripada Muhammad Umar Nor’azim, Zaqwan Azhar Masjudin, dan Muhammad Adam Zayani Mohd Huzaimy, masing-masing pelajar tingkatan 2 SMI Hidayah, manakala kumpulan Mobile App yang terdiri daripada Muhammad Khalis Muhammad Nassir, Umar Lutfi Afiffudden, Muhammad Amir Faris Muhammad Farid, masing-masing pelajar tingkatan 4.

Youth Industry Bootcamp 2019 yang bermula pada 10 Februari dan berakhir semalam ini telah disertai oleh 120 orang pelajar dari 26 buah sekolah di Negeri Johor dan terdapat 40 buah pasukan telah berentap mempamerkan keupayaan mereka dalam bidang industri dan teknologi di hadapan panel juri yang antaranya dari Iskandar Region Development Authority, Dyson, Intel, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dan juga dari pihak universiti.

Majlis perasmian penutup yang berlangsung semalam telah dirasmikan oleh Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Rafizan Bin Mohamad Daud, Penolong Rektor UiTM Pasir Gudang.

BERITA

PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti

BERITA

KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill

BERITA

JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan

BERITA

CYBERJAYA – Dua orang murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai 10 finalis

BERITA

KUALA LUMPUR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) mengucapkan selamat maju jaya kepada Encik Kamaruzaman Che Ya yang akan mewakili

BERITA

SERI KEMBANGAN – Sebahagian besar daripada 2,413 calon dari 39 buah Sekolah Rendah Islam (SRI) rangkaian Musleh menerima keputusan Syahadah