PERNAS ’16 Menuju PRINT ’17

Hulu Selangor – Setelah lima hari berkampung di Kem PLKN Pelangi Hill Resort, Kerling, akhirnya selesailah sudah Perkhemahan Nasional Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh 2016 atau lebih dikenali sebagai PERNAS ’16 semalam.

 

Dengan penyertaan seramai 1, 154 orang anggota Tunas KRS Musleh (TKRSM) dan KRS Musleh (KRSM) dari seluruh Malaysia, pihak urus setia dan pembantu urus setia PERNAS ’16 telah bertungkus lumus memperlihatkan pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan dalam pelaksanaan PERNAS ’16 yang membawa tema “Ukhuwah, Iman dan Taqwa Teras Kekuatan generasi Rabbani”. Para peserta didedahkan dengan pelbagai jenis pertandingan yang melibatkan kreativiti dan kemahiran hidup seperti pertandingan masakan kreatif, pertandingan nasyid fatayat, pertandingan reka cipta dan malah PERNAS ’16 turut menjadi pencetus kepada acara Memanah Tradisional (METRA) yang buat pertama kalinya diadakan dan dipertandingkan.

 

Selain itu, isu ummat Islam yang sedang bergolak juga tidak dilupakan di mana pihak MyCARE turut dijemput dalam memberikan perkongsian tentang Women’s Boat to Gaza. Persembahan pentomen tentang perjuangan rakyat Syria juga turut diadakan oleh anggota-anggota TKRSM dan KRSM. Hasil objektif utama program ini yang bertujuan untuk merapatkan ukhuwah antara para anggota KRSM serta untuk menyuburkan ciri-ciri keperibadian muslim dan kerja berpasukan dapat dilihat melalui pertandingan-pertandingan yang diadakan seperti pertandingan kawad kaki, seni mempertahankan diri, orienteering dan banyak lagi apabila kesemua peserta memberikan sepenuh fokus dan perhatian terhadap kesemua acara yang dipertandingkan walaupun penat.

Penaung KRS Musleh, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor di Majlis Penutup PERNAS ’16

Majlis penutup PERNAS ’16 telah disempurnakan oleh Tuan Noorulanuar b Baharudin, Penolong Pengarah Bahagian Ko-Kurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia mewakili Pengarah Bahagian. Turut hadir dalam majlis tersebut Kem Komanden PLKN Pelangi Hill Resort, Kdr Ajit Singh a/l Sarjit Singh TLDM, Penaung KRS Musleh, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor dan Pengerusi KRSM, Mejar Abd Rahaim Md Isa.


Diharapkan PERNAS ’16 ini dapat mencapai keseluruhan objektif yang telah dirancangkan dan seterusnya sebagai pemangkin semangat juang para peserta untuk turut serta dengan hammasah yang kekal mantap di PRINT ’17 yang akan berlangsung tahun hadapan.

BERITA

SERDANG â€“ Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) 2026 pada Sabtu, 20 Jun 2026, sebagai medan

BERITA

SERI KEMBANGAN – MUSLEH merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid sekolah rangkaiannya yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Minecraft Education Challenge

BERITA

JOHOR BAHRU – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru mencatat pencapaian cemerlang apabila berjaya mengharumkan nama negara

BERITA

SHAH ALAM – Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang diumumkan sebagai Sekolah Rendah Islam Integrasi (SRII) Cemerlang bagi kategori Anugerah

BERITA

IPOH – Sekolah Rendah Islam Al-Hidayah Ipoh, salah sebuah sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad melakar kejayaan membanggakan apabila dinobat

BERITA

IPOH – Sekolah Rendah Islam I-Musleh menyerlah di pentas pendidikan negara apabila salah seorang pendidiknya, Natasha Faradilla Jamil, diumumkan sebagai