KONVENSYEN & KONVOKESYEN IKRAM MUSLEH (KoKIM 2016)

konvo IM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, KUALA LUMPUR – Setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi atas nikmat dan rahmat Nya, syukur alhamdulillah pada 5 Mac 2016 yang lepas, IKRAM Musleh dengan jayanya telah mengadakan Majlis Konvensyen dan Konvokesyen IKRAM Musleh (KoKIM) 2016 yang bertempat di Dewan Utama, UTM Kuala Lumpur. Seramai 400 orang peserta dari wakil rangkaian Sekolah IKRAM Musleh, wakil dari Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, wakil Majlis Guru IKRAM (MGI), graduan dan keluarga graduan turut hadir bagi memeriahkan majlis KoKIM 2016 tersebut.

 

Sebelah pagi diadakan majlis konvesnyen IKRAM Musleh, ucaptama yang bertajuk “Pendidikan Abad Ke-21: Memperkasa Pendidikan IKRAM” disampaikan dan dirasmikan oleh Presiden IKRAM Malaysia; Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad.

 

 

Kemudian, majlis diteruskan dengan sesi penyampaian anugerah pelajar SPPIM terbaik 2015, anugerah kurikulum IKRAM Musleh terbaik, anugerah kepimpinan cemerlang, anugerah ikon guru 2015 dan anugerah kualiti.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan pembentangan “success stories” oleh sekolah-sekolah yang dipilih. 

Success Stories (Penerangan & Tayangan)
o SMI Al-Islah: Program Silang Budaya dengan Sekolah Sin Min
o SMI Hira’ Jeram – Best Video Award in Young Innovate Competition organised by Penang
Science Cluster.
o SMI Hidayah JB: “Emerging Powerhouse for Interschool Debate” (Dato’ Saifudin)
o SMI Al Amin Kemaman: Runner up “CLICK! Camp 4.0 Social Entrepreneurship for
Teens”
o Sistem Pentaksiran Pendidikan IKRAM-MUSLEH: Pengiktirafan Kerajaan Negara Brunei
Darus Salam

Akhir sekali, selepas solat zohor dan makan tengah hari, majlis diteruskan dengan Konvokesyen IKRAM Musleh. Alhamdulillah, seramai 25 orang graduan telah berjaya memperolehi Syahadah Perguruan IKRAM Musleh (SPIM) pada tahun 2015.

 

 

Pendidikan Ikram Musleh Berhad.

BERITA

SERI KEMBANGAN – Sebahagian besar daripada 2,413 calon dari 39 buah Sekolah Rendah Islam (SRI) rangkaian Musleh menerima keputusan Syahadah

BERITA

GOMBAK – Idea inovasi yang menggabungkan teknologi tenaga solar dan kelestarian hijau membawa tiga pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Islam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah dan rasa bangga atas pencapaian ‘Ayshah Sakeenah Abdullah Khairi dari Sekolah Rendah

BERITA

KUALA KUBU BHARU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru berjaya memenangi tempat kelima bagi kategori Sekolah Menengah dalam

BERITA

KUCHING – Tiga orang pelajar dari Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching berpeluang menyertai International Sarawak Bridge & Mapping Challenge

BERITA

CYBERJAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah, Sg. Petani salah sebuah sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MIEB), mencatat rekod