Dua Produk IKRAM-MUSLEH raih Pingat Emas Ekspo Antarabangsa

Interview 1

                                                        DSC 4135

Shah Alam. 27 November. IKRAM-MUSLEH telah berjaya memenangi 2 pingat emas di program International Exposition On Syariah Compliant Idea, Invention, Inovation and Design (IESCIIID2014) yang diadakan pada 26 dan 27 November 2014 yang lalu.

Program ini dianjurkan oleh Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kerjasama Communities of Research (CORE), Research Management Institute (RMI), UiTM dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pasukan IKRAM-MUSLEH telah membentangkan 2 produk iaitu Modul Pentaksiran Konstruk Pelajar IKRAM-MUSLEH yang diketuai oleh Dr Azma Mahmood dan Modul Kadet Remaja Sekolah Musleh yang diketuai oleh Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor.

Program ini disertai oleh 143 peserta dari sekolah-sekolah, IPTS, IPTA dan industri seluruh negara. Hadiah-hadiah disampaikan oleh wakil Naib Cancelor UiTM iaitu Prof Dr Hadariah Baharum, Penolong Naib Canselor (RMI) UiTM.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pertubuhan IKRAM Malaysia Profesor Dr Omar Bin Yaakob, pengiktirafan peringkat antarabangsa ini membuktikan keupayaan IKRAM-MUSLEH untuk menjana inovasi di dalam sistem pendidikan Islam.

“Kejayaan ini menunjukkan produk-produk yang dibangunkan oleh tenaga pakar IKRAM-MUSLEH ini relevan dan inovatif,” tegasnya.

Modul Pentaksiran Konstruk Pelajar IKRAM-MUSLEH merupakan sistem penilaian pelajar berasaskan pentaksiran holistik dan ‘assessment for learning’.

Ia berupaya meningkatkan kemampuan pelajar secara keseluruhan dan berterusan sehingga mereka menghayati ciri – ciri tersebut.

Pendekatan holistik ini bertujuan untuk melahirkan murid cemerlang yang seimbang.

Sementara itu Modul Kadet Remaja Sekolah Musleh pula adalah produk sistematik meningkatkan penghayatan sahsiah muslim dan kemampuan kepimpinan melalui badan beruniform.

                                                           1528488 10204507482462309 3470713224860712727 n 

                                                             1920488 10204507482222303 1764370646127724718 n

BERITA

SHAH ALAM – Keupayaan murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, sekolah rangkaian MUSLEH, menghasilkan inovasi bertaraf dunia sekali lagi

BERITA

SERDANG – Semangat meneroka dunia teknologi dan inovasi membuahkan hasil apabila Muhammad Shah Nazrin Mohd Shalahuddin, murid Sekolah Rendah Islam

BERITA

KUALA LUMPUR â€“ Kepelbagaian bahasa dan budaya di Malaysia terus diraikan menerusi penganjuran Karnival dan Majlis Penyampaian Hadiah Hari Bahasa Ibunda

BERITA

SERDANG â€“ Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) 2026 pada Sabtu, 20 Jun 2026, sebagai medan

BERITA

SERI KEMBANGAN – MUSLEH merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid sekolah rangkaiannya yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Minecraft Education Challenge

BERITA

JOHOR BAHRU – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru mencatat pencapaian cemerlang apabila berjaya mengharumkan nama negara