Kokurikulum IKRAM Musleh Tumpu Potensi, Kompetensi Guru dan Murid

Bangi – “Perancangan kokurikulum perlu lebih teliti kerana melibatkan waktu selepas persekolahan. Kalau PdPc mudah, ada jadual sejak awal tahun sehinggalah pentaksiran akhir tahun. Begitulah juga sepatutnya unit kokurikulum,” ujar Ketua Unit Kokurikulum IKRAM Musleh merangkap Pengerusi KRS Musleh, Mejar KRSM Tuan Abd Rahaim bin Md Isa semasa berucap di Muzakarah Sekretariat KRS Musleh dan Penolong-Penolong […]

IKRAM Musleh Anjur Kursus Pengurusan Media

Bangi – “Kita berhasrat untuk melahirkan penulis atau pelapor media yang menjaga kredibiliti dan prinsip kewartawanan,” ujar Pengarah Program, Rofazlin Jusoh dalam Kursus Pengurusan Media yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh Unit Ko-Kurikulum IKRAM Musleh dengan kerjasama Kadet Remaja Sekolah Musleh (KRSM) di Bilik Uthmaniyyah, Sekolah Rendah Islam Al-Amin Bangi, semalam. “Semua penyelaras yang hadir dalam […]

IKRAM Musleh, MEDIU Tandatangan MoU Tingkat Kerjasama Pendidikan

Prof. Dr. Omar Bin Yaakob (kanan) dan Prof. Madya Dr. Fadlan bin Mohd Othman. Kuala Lumpur – IKRAM Musleh menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Al-Madinah International Universiti (MEDIU) Jumaat lalu di sini bagi mewujudkan kerjasama dalam pembangunan akademik dan pendidikan khususnya.  Pengerusi JK Pendidikan IKRAM merangkap Pengerusi IKRAM Musleh, Prof. Dr. Omar Bin Yaakob berkata kerjasama […]

Konstruk Kepimpinan Jadi Teras Utama KRS Musleh

Mejar KRSM Abd Rahaim Md Isa, Ketua Unit Ko-kurikulum IKRAM Musleh merangkap Pengerusi Kadet Remaja Sekolah Musleh (KRSM). Ipoh – “Kadet Remaja Sekolah Musleh (KRSM) menjadikan 10 peribadi muslim atau 10 muwasofat tarbiah dan pembinaan ciri kepimpinan sebagai teras utama semua aktiviti KRS Musleh. Kedua-dua teras ini digarap melalui 10 Konstruk Kepimpinan dan 13 Konstruk Kemampuan yang […]

Khawlah Pembentang Termuda di EduTECH Asia 2019

Khawlah Nusaybah Binti Ahmad Jamali (dua dari kiri) bersama ibunya, Rohida Jamaludin (tiga dari kiri) sebelum berangkat ke Singapura pada 5 November lalu. Seri Kembangan – Berpeluang menjadi satu-satunya pelajar dan pembentang termuda dalam EduTECH Asia 2019 yang berlangsung pada 5-6 November lalu di Suntec Convention & Exhibition Centre, Singapura merupakan satu pengalaman yang cukup […]

KENYATAAN MEDIA : ELAKKAN PEMIKIRAN LIBERAL MEWARNAI DEBAT PELAJAR

Interview 1

IKRAM Musleh ingin merujuk kepada program Debat Pelajar Piala Tun Razak 2019 anjuran Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR), Negeri Sembilan pada 11-13 Oktober 2019.   IKRAM Musleh sangat kesal dengan tajuk kategori Bahasa Inggeris yang telah diberikan kepada para pendebat sebagai pilihan kepada perdebatan seperti di bawah ini. Kedua-dua tajuk ini telah menghina kemuliaan kitab […]

590 Peserta Meriahkan Lik Lau Fun Run 2019

Sumber foto: www.facebook.com/ppaiq.official Balik Pulau – Seramai 590 orang peserta yang terdiri daripada segenap lapisan masyarakat pelbagai kaum di sekitar Pulau Pinang dan juga beberapa negeri lain termasuk Kedah dan Selangor telah menyertai program Lik Lau Fun Run 2019 anjuran Pusat Pendidikan Al-Itqan selaku penganjur utama program dengan kerjasama IKRAM Pulau Pinang, Pertubuhan Pemuda GEMA Pulau […]

SMAH Ipoh Ingin Lahirkan Pelajar Berkemahiran Robotik, Kuasai Teknologi

Taiping – Tiga pelajar Sekolah Menengah Islam Al-Hidayah (SMAH) Ipoh berjaya mara ke peringkat kebangsaan dalam ReroMicro Robotic Challenge 2019 anjuran MDEC dan Cytron Technologies selepas berjaya memperoleh markah 90 daripada 100 markah sekaligus berjaya membawa pulang Gold Award dalam pertandingan tersebut bagi Kategori Sekolah Menengah yang telah berlangsung pada 13 Julai lalu di ADTECH di […]

SMI Al-Amin Gombak Rangkul 2 Perak 1 Gangsa

Gombak – Sempena Karnival STEM Sekolah-sekolah Menengah peringkat daerah Gombak yang telah berlangsung pada 11 Julai lalu di SBPI Gombak, Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak telah berjaya membawa pulang 2 pingat perak dan 1 pingat gangsa dalam Pertandingan Pelancaran Roket yang telah dianjurkan.  Karnival anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Gombak yang berlangsung sejak 8.00 pagi hingga […]

Memanah: Qaid, Adlyn dari SRI Hidayah JB Mara ke Peringkat Kebangsaan

Pontian – Dua daripada lima orang murid dari Sekolah Rendah Islam Hidayah, Johor Bahru telah berjaya mara ke peringkat kebangsaan selepas menunjukkan aksi cemerlang semasa mewakili daerah Johor Bahru bagi sukan memanah dalam Kejohanan MSSJ 2019 yang berlangsung pada 20 hingga 22 Jun 2019 yang lalu. Kejohanan selama 3 hari itu telah diadakan di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan […]