KONVENSYEN & KONVOKESYEN IKRAM MUSLEH (KoKIM 2016)

konvo IM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, KUALA LUMPUR – Setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi atas nikmat dan rahmat Nya, syukur alhamdulillah pada 5 Mac 2016 yang lepas, IKRAM Musleh dengan jayanya telah mengadakan Majlis Konvensyen dan Konvokesyen IKRAM Musleh (KoKIM) 2016 yang bertempat di Dewan Utama, UTM Kuala Lumpur. Seramai 400 orang peserta dari wakil rangkaian Sekolah IKRAM Musleh, wakil dari Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, wakil Majlis Guru IKRAM (MGI), graduan dan keluarga graduan turut hadir bagi memeriahkan majlis KoKIM 2016 tersebut.