Pengenalan

PENDIDIKAN ADALAH FOKUS UTAMA

Pendidikan secara umumnya adalah satu proses yang berterusan dalam usaha untuk membentuk pola-pola tingkah laku dan sikap tertentu dalam diri manusia yang dididik. Oleh itu, pendidikan merupakan suatu proses yang tiada batasannya.

Pendidikan Islam pula merupakan satu proses yang berterusan dalam usaha untuk membentuk ‘aqliyah dan nafsiah Islamiyah’ yang dapat menyempurnakan tuntutan makarim al-akhlak . Oleh yang demikian, diharap akan lahir satu masyarakat yang mampu memikul tugas dan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. MUSLEH mengharapkan, melalui semua proses pengajaran dan pembelajaran dalam sistem ini, akan lahir pelajar-pelajar yang berkelayakan dan berkemampuan untuk menjadi penggerak dan pemimpin dakwah dalam masyarakat.

 

DASAR DAN OBJEKTIF

Untuk mewujudkan kerjasama, penyelarasan dan perkongsian wawasan dan sumber di kalangan SRI-SMI dalam pelbagai bidang khususnya Bina Minda (kurikulum), Bina Syakhsiah (ko-kurikulum) dan Pembangunan Kakitangan.

 

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan adalah suatu proses yang berteraskan Tauhid bagi membina insan rabbani di dalam sistem yang holistik, bersepadu, seimbang dan dinamik berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Usaha ini adalah bagi membentuk individu yang berkemampuan membangunkan kehidupan diri, keluarga, masyarakat dan negara ke arah satu peradaban yang sejahtera demi kebahagiaan di dunia dan akhirat

MISI

Memperkasa sistem pendidikan Islam di peringkat rendah dan menengah untuk menjana generasi rabbani melalui pendidikan holistik dan pengurusan profesional.

MOTO

Memperkasa Pendidikan Islam

KEY RESULT AREAS

1.Pengurusan Sumber Manusia

2.Dana

3.Prasarana

4.Pembangunan Institusi

5.Media

6.Pengambilan disasarkan

7.Jaringan tempatan

8.Jaringan antarabangsa

9.Sokongan Belum Islam

10.Menyokong Perjuangan Rakyat Palestin

11.Menyokong Perjuangan umat di tempat lain

 

AHLI-AHLI LEMBAGA PENGARAH

1.Prof. Dr. Omar Yaakob                                                       Pengerusi & Pengarah

2.Ust Megat Mohamed Amin b Megat Mohamed Nor           Pengarah Eksekutif

3.Ust Nagmudin bin Hussain                                                 Pengarah

4.Pn. Kamaliah Noordin                                                        Pengarah

 

RANGKAIAN SEKOLAH-SEKOLAH MUSLEH

Sekolah Rendah

1. SRI Al-Azhar, Jitra, Kedah
2. SRI Al-Islah, Sg Petani, Kedah
3. SRI Al-Itqan, Bayan Lepas, P. Pinang
4. Sekolah Tahfiz Islah, Tok Bedu, P. Pinang
5. SRI Al-Furqan, Kuala Kangsar, Perak
6. SRI Al-Hidayah, Ipoh, Perak
7. SRI Al Hidayah, Seri Iskandar, Perak
8. SRI Al-Amin, Gombak, Selangor
9. SRI Al-Amin,Taman Keramat, Kuala Lumpur
10. SRI Al-Amin Bangi, Selangor
11. SRI Al-Amin Kuching, Sarawak
12. SRI Hira', Klang, Selangor
13. SRI As-Saidiyyah, Seremban, Negeri Sembilan
14. SRI Hidayah, Johor Bharu
15. SRI Aman Kota Bharu, Kelantan
16. SRI Al-Amin Kuala Terengganu, Terengganu
17. SRI Al-Amin Dungun, Terengganu
18. SRI Al-Amin, Kemaman, Terengganu
19. SRI Al-Amin, Kerteh, Terengganu
20. SRI Al-Amin Wilayah Persekutuan
21. SRI Aman, Wakaf Bharu, Kelantan
22. Sri i-Musleh, Melaka
23. SRI Al-Amin Paya Besar, Kuantan, Pahang
24. SRI Al-Amin Nilai, Negeri Sembilan
25. SRI Al-Amin Cheras Selatan, Selangor
26. SRI Aman Machang, Kelantan
27. SRI Amal Rintis, Seberang Jaya, Pulau Pinang
28. SRI Al Amin Miri, Sarawak
29. SRI Hidayah Batu Pahat, Johor
30. SRI Al Azhar Perlis
31. SRI Al Islah, Kulim, Kedah

 

Sekolah Menengah

1.SMI Al-Azhar, Jitra, Kedah
2.SMI Al-Islah, Sg Petani, Kedah
3.SMI Al-Itqan, Pulau Pinang
4.SMI Al Ikram, Tok Bedu, P. Pinang
5.SMI Al-Hidayah, Ipoh, Perak
6.SMI Al-Amin, Gombak, Selangor
7.SMI Hira', Jeram, Selangor
8.SMI Al-Amin, Bangi, Selangor
9.Maahad Tahfiz As-Saidiyyah, Seremban, Negeri Sembilan
10.SMI Hidayah, Johor Bharu
11.SMI Aman, Kota Bharu, Kelantan
12.SMI Al-Amin, Kemaman, Terengganu
13.SMI Al Amin Bestari d'Merlimau, Melaka

LOKASI PEJABAT :

PENDIDIKAN IKRAM MUSLEH BERHAD

No. 9- 2, Jalan Dagang SB 4/1,

Taman Sg. Besi Indah, 43300

Seri Kembangan, Selangor.

Tel:  603-89442448

Fax: 603-89441448

E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  atau This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Portal: www.musleh.edu.my

Facebook : https://www.facebook.com/ikrammusleh.edu/