×

Notice

One of the files that is needed for the correct operation of the System - CW Gears plugin appears to be missing! Please install a fresh copy of the latest version to fix this issue.

Kemudahan Bilik Mesyuarat dan Asrama

Alhamdulillah, pihak IIKRAM Musleh ada menyediakan kemudahan untuk digunakan oleh pihak luar tanpa mengenakan sebarang bayaran. Antara fasiliti yang disediakan adalah bilik mesyuarat dan asrama untuk tujuan penginapan.

PESANAN IKHLAS TUAN RUMAH:
Mohon kerjasama daripada anda untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan menggunakan kemudahan yang disediakan sebaik mungkin.

1. Pastikan SEMUA suis lampu, penghawa dingin dan apa jua peralatan telah dimatikan selepas menggunakanya
2. Pastikan meja dan kerusi disusun seperti keadaan asal selepas digunakan. 
3. Penyediaan dan tempahan makanan adalah diurus selia oleh pengguna sendiri. 
4. Pastikan bilik mesyuarat dikemas dan sisa makanan hendaklah dibersihkan selepas program. Ini termasuklah mengelap meja bilik mesyuarat jika terdapat kesan tumpahan air atau sisa makanan dan tidak meninggalkan sebarang sampah di atas lantai bilik mesyuarat atau laci meja bilik mesyuarat.
5. Pastikan sampah/sisa makanan atau lampin/pampers bayi tidak ditinggalkan di dalam tong sampah pejabat/asrama.
6. Pastikan tiada sebarang pakaian, tuala, selimut, pengecas telefon bimbit, pendrive dan yang sewaktu dengannya ditinggalkan di dalam bilik mesyuarat/asrama. Jika ada, tuan rumah berhak melupuskan barang-barang berkenaan selepas 7 hari.
7. Pastikan peralatan yang dipinjam dikembalikan kepada Eksekutif Pentadbiran selepas digunakan.

Bilik Mesyuarat IKRAM Musleh
PIC: Nurul Syahida Sulaiman (019-6458597)

1. Kapasiti: Boleh memuatkan 30 orang  maksimum

2. Dilengkapi dengan penghawa dingin, LCD, kerusi, meja dan papan putih.

 IMG 20161129 101400

                                                                                             Bilik Mesyuarat

Asrama IKRAM Musleh
PIC: Abdul Mutalib Ismail (011-29042664)

1. Kapasiti: Boleh memuatkan 16 orang maksimum (bilik seroja dan bilik cempaka)

2. Dilengkapi dengan penghawa dingin, almari, tilam dan bantal.

3. Pihak IKRAM Musleh tidak mengenakan sebarang bayaran (tertakluk kepada pihak pengurusan). Cukuplah sekadar infaq dan sumbangan ikhlas daripada anda untuk kami sentiasa beroperasi dengan baik.

 IMG 20161129 104015

                                                                                                           Asrama untuk penginapan

PAUTAN UNTUK TEMPAHAN ATAS TALIAN
Sila klik pautan dibawah untuk urusan tempahan bilik mesyuarat dan asrama.

https://goo.gl/forms/KZX6hqWU64XZE59q2