PRINT '14

10846328 295447157320960 4530140834719192784 n

KUALA KUBU BHARU - Kira-kira 1,274 orang Kadet Remaja Sekolah MUSLEH (KRSM) termasuk kadet dari Indonesia dan Thailand serta 145 orang pengiring telah menyertai Perkhemahan Nasional KRS MUSLEH (PRINT'14) pada 16-19 Disember lalu di Kem Bina Semangat, Ampang Pecah di sini.

PRINT'14 ini adalah kali yang ketiga diadakan oleh KRSM dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), IKRAM-MUSLEH dan Kementerian Pendidikan Malaysia. PRINT sebelumnya telah diadakan pada 2009 di Ulu Yam, Selangor dan pada 2011 di Ulu Bendul, Negeri Sembilan.

Sebanyak 13 buah Sekolah Rendah Islam (SRI) dan 14 Sekolah Menenegah Islam (SMI) dalam sekolah-sekolah IKRAM-MUSLEH menyertai PRINT'14 termasuk Pramuka Jaringan Sekolah Islam Terpadu (JSIT) dari Indonesia dan Luk Se dari Thailand.
Bertemakan 'Ukhuwah Teras Perjuangan', PRINT'14 diadakan bagi merapatkan ukhuwwah antara anggota kadet dalam dan luar negara, mengadakan aktiviti berbentuk pertunjukan dan pertandingan kemahiran serta mengadakan pengisian kebudayaan dan IT (Iman dan Taqwa).

PRINT'14 dimeriahkan dengan pelbagai perkongsian, pertunjukan dan pertandingan kemahiran seperti Pertandingan Kawad Kaki & Basic Self Defense (BaSeD), persembahan seni bela diri, program 'Izzah Nusantara (SMI) dan Sahabat OSEM! (SRI), Pertandingan Masakan Rimba, Orienteering dan Obsrace, Pertandingan Bantu Mula dan Gajet, Kem Kraf serta Malam Kebudayaan.

Dalam pertandingan-pertandingan PRINT'14, Sekolah Menengah Islam Hira' (SMIH) Jeram muncul Johan keseluruhan dalam kategori Syabab dan Fatayat (SMI) sementara Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) Johor Bahru menjadi johan keseluruhan bagi kategori Syabab dan Fatayat (SRI).
Majlis penutup PRINT'14 dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, Prof Dr Omar Yaakob.

Tahniah kepada pihak penganjur, peserta dan semua yang terlibat dalam menjayakan perkhemahan nasional yang bersejarah ini. Moga menjadi pemangkin ukhuwah dan perjuangan antara negara-negara yang menyertainya, insyaa-Allah.

(artikel dari laman web IKRAM)

 

10868287 838039906237267 4052082675337326408 n   1660304 838035489571042 7384339396458130784 n  10882300 773985432672644 427776495933680353 n

 

Dua Produk IKRAM-MUSLEH raih Pingat Emas Ekspo Antarabangsa

                                                     DSC 4129   DSC 4135

Shah Alam. 27 November. IKRAM-MUSLEH telah berjaya memenangi 2 pingat emas di program International Exposition On Syariah Compliant Idea, Invention, Inovation and Design (IESCIIID2014) yang diadakan pada 26 dan 27 November 2014 yang lalu.

Program ini dianjurkan oleh Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kerjasama Communities of Research (CORE), Research Management Institute (RMI), UiTM dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pasukan IKRAM-MUSLEH telah membentangkan 2 produk iaitu Modul Pentaksiran Konstruk Pelajar IKRAM-MUSLEH yang diketuai oleh Dr Azma Mahmood dan Modul Kadet Remaja Sekolah Musleh yang diketuai oleh Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor.

Program ini disertai oleh 143 peserta dari sekolah-sekolah, IPTS, IPTA dan industri seluruh negara. Hadiah-hadiah disampaikan oleh wakil Naib Cancelor UiTM iaitu Prof Dr Hadariah Baharum, Penolong Naib Canselor (RMI) UiTM.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pertubuhan IKRAM Malaysia Profesor Dr Omar Bin Yaakob, pengiktirafan peringkat antarabangsa ini membuktikan keupayaan IKRAM-MUSLEH untuk menjana inovasi di dalam sistem pendidikan Islam.

"Kejayaan ini menunjukkan produk-produk yang dibangunkan oleh tenaga pakar IKRAM-MUSLEH ini relevan dan inovatif," tegasnya.

Modul Pentaksiran Konstruk Pelajar IKRAM-MUSLEH merupakan sistem penilaian pelajar berasaskan pentaksiran holistik dan 'assessment for learning'.

Ia berupaya meningkatkan kemampuan pelajar secara keseluruhan dan berterusan sehingga mereka menghayati ciri - ciri tersebut.

Pendekatan holistik ini bertujuan untuk melahirkan murid cemerlang yang seimbang.

Sementara itu Modul Kadet Remaja Sekolah Musleh pula adalah produk sistematik meningkatkan penghayatan sahsiah muslim dan kemampuan kepimpinan melalui badan beruniform.

                                                           1528488 10204507482462309 3470713224860712727 n 

                                                             1920488 10204507482222303 1764370646127724718 n