×

Notice

One of the files that is needed for the correct operation of the System - CW Gears plugin appears to be missing! Please install a fresh copy of the latest version to fix this issue.

Dua Produk IKRAM-MUSLEH raih Pingat Emas Ekspo Antarabangsa

                                                     DSC 4129   DSC 4135

Shah Alam. 27 November. IKRAM-MUSLEH telah berjaya memenangi 2 pingat emas di program International Exposition On Syariah Compliant Idea, Invention, Inovation and Design (IESCIIID2014) yang diadakan pada 26 dan 27 November 2014 yang lalu.

Program ini dianjurkan oleh Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kerjasama Communities of Research (CORE), Research Management Institute (RMI), UiTM dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pasukan IKRAM-MUSLEH telah membentangkan 2 produk iaitu Modul Pentaksiran Konstruk Pelajar IKRAM-MUSLEH yang diketuai oleh Dr Azma Mahmood dan Modul Kadet Remaja Sekolah Musleh yang diketuai oleh Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor.

Program ini disertai oleh 143 peserta dari sekolah-sekolah, IPTS, IPTA dan industri seluruh negara. Hadiah-hadiah disampaikan oleh wakil Naib Cancelor UiTM iaitu Prof Dr Hadariah Baharum, Penolong Naib Canselor (RMI) UiTM.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pertubuhan IKRAM Malaysia Profesor Dr Omar Bin Yaakob, pengiktirafan peringkat antarabangsa ini membuktikan keupayaan IKRAM-MUSLEH untuk menjana inovasi di dalam sistem pendidikan Islam.

"Kejayaan ini menunjukkan produk-produk yang dibangunkan oleh tenaga pakar IKRAM-MUSLEH ini relevan dan inovatif," tegasnya.

Modul Pentaksiran Konstruk Pelajar IKRAM-MUSLEH merupakan sistem penilaian pelajar berasaskan pentaksiran holistik dan 'assessment for learning'.

Ia berupaya meningkatkan kemampuan pelajar secara keseluruhan dan berterusan sehingga mereka menghayati ciri - ciri tersebut.

Pendekatan holistik ini bertujuan untuk melahirkan murid cemerlang yang seimbang.

Sementara itu Modul Kadet Remaja Sekolah Musleh pula adalah produk sistematik meningkatkan penghayatan sahsiah muslim dan kemampuan kepimpinan melalui badan beruniform.

                                                           1528488 10204507482462309 3470713224860712727 n 

                                                             1920488 10204507482222303 1764370646127724718 n

Kem Al-Quran

1926886 836763039678780 6356888650516652960 n

Assalamualaikum wbt Tuan/Puan,

Semoga sentiasa di dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT.

Sukacita dimaklumkan Hira Training Centre & Consultancy Sdn Bhd sekali lagi akan mengadakan Program Kem Al-Quran rentetan daripada Program Mukhayyam Tahfiz Al-Quran Tajul Waqar Sehubungan dengan itu, PENDAFTARAN kini telah dibuka kepada semua pelajar tidak kira Sekolah Rendah/Menengah/Agama/Tahfiz/International dan lain-lain Kepada Ibubapa/Pelajar/Penjaga yang berminat untuk menyertai program ini @ mempunyai sebarang pertanyaan boleh hubungi

Pn. Nazirah Mohamad Noh, Pegawai Pentadbiran 013-4323214

Pn. Hajah Noor Azni Ibrahim, Pengurus 011-15619391

Cik Norhidayah Norhade, Guru Al-Quran P. Transit 019-9105229

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Tempat adalah TERHAD!

Penampilan Istimewa Tenaga Pengajar (Guru Tahfiz daripada Darul Quran, Gaza Palestin). In Shaa Allah Ustaz Ziad Shehada & Ustz Hala

CEPAT DAN JANGAN LEPASKAN PELUANG MEMPELAJARI KAEDAH HAFAZAN KHAS DARIPADA DARUL QURAN, GAZA PALESTIN Penyertaan anda adalah beserta dengan amal kebajikan. Sebahagian hasil pendapatan akan didermakan kepada Darul Quran

Kelebihan Program :

1. Peserta akan ditasmi' oleh Guru Tahfiz Bersanad daripada Gaza

2. Aktiviti Sunnah @ Pemainan Sunnah turut dimasukkan antaranya Berkuda / Memanah / Berenang (mengikut Pakej)

3.Penginapan dan makanan semua disediakan

4. Program 4 dalam satu dimana peserta akan mengikuti program tilawatul Quran / Hafazan Quran / Sunnah Game / khidmat Masyarakat

PENDAFTARAN MASIH DIBUKA..CEPAT DAN JANGAN KETINGGALAN!

SMI Hidayah JB juara debat Bahasa Inggeris Piala Tun Abdul Razak Kali Ke-5

smihjb

SMI Hidayah Johor menjadi johan kategori Bahasa Inggeris dalam Petandingan Debat Piala Tun Abdul Razak Kali Ke 5 setelah berjaya mengalahkan pasukan tuan rumah, Sekolah Datuk Abdul Razak ( SDAR ) Seremban. Pertandingan ini disertai oleh 15 sekolah asrama penuh ternama seluruh Malaysia. SMIH merupakan satu-satunya sekolah bukan berasrama penuh yang dijemput khas dalam pertandingan ini. Pelajar SMIH Wazir bin Kahar dan Mohd Mujahid bin Hadzir, masing-masing dinobatkan pendebat ke 4 terbaik dalam kategori BI dan BM. Wazir juga menjadi pendebat terbaik semasa grand final. Tahniah kepada pendebat, jurulatih, pengetua, guru pengiring dan semua yang terlibat.

6th Musleh ISDC 2014

                                                                   10403160 592187234223434 4614189311051822438 n

KUALA LUMPUR - Peringkat akhir Kejohanan Debat Pelajar Antarabangsa MUSLEH kali ke-6 (MISDC) menyaksikan pasukan Bahasa Melayu (BM) Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) Seremban (gambar) mengalahkan juara dua kali sebelum ini, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh semalam.

Dalam peringkat akhir debat kategori Bahasa Inggeris (BI), pasukan Sekolah Menengan Islam Hidayah (SMIH) Johor Bahru berada dalam kelas tersendiri apabila mempertahankan kejuaraan dalam kategori ini untuk kali ke-4 berturut-turut sejak 2011, dengan mengalahkan pasukan Malay College Kuala Kangsar (MCKK).

Dalam peringkat akhir debat kategori Bahasa Arab (BI) pula, pasukan Sekolah Islam Adni, Ampang buat kali pertama menjadi juara dengan mengalahkan pasukan Madrasah Al Junied Al-Islamiah, Singapura yang turut menjadi naib juara dalam kejohanan yang sama tahun lalu.

                            10369129 592186750890149 2956668972362193145 n            10480010 592185750890249 6370968763794238488 n

                                                                   Pasukan Debat BA Sekolah Islam Adni & pasukan debat BI SMI Hidayah

 

Pasukan debat BM SDAR diwakili oleh Mohammad Helmi Ahmad Jani, Ahmad Izzuddin Zambri dan Ahmad Nur Zharif Rosdi. Mohammad Helmi turut dinobatkan sebagai pendebat terbaik pusingan akhir dan keseluruhan.

Pasukan debat BI SMIH diwakili oleh Nurul Murfiqah Md Kahar, Wazir Md Kahar dan Wan Nurwidad. Wazir dinobatkan sebagai pendebat terbaik pusingan akhir sementara Imran Kamarudin dari STAR dinobatkan pendebat terbaik keseluruhan.

Pasukan debat BA Sekolah Islam Adni pula diwakili oleh Yahya Abdulkarim Hassan, Nadia Mohamed dan Somaya Hussein. Somaya dinobatkan sebagai pendebat terbaik pusingan akhir sementara Nur Humairah Azman dari Madrasah Al Junied dinobatkan pendebat terbaik keseluruhan.

Tahniah kepada semua sekolah yang menjadi juara, naib juara dan pendebat terbaik setiap kategori. Yang tidak berjaya, usaha lagi pada tahun hadapan. Semoga kejohanan ini dapat mencungkil bakat kepimpinan pelajar dan menjadi paltform melahirkan generasi pelapis ummah yang berketrampilan insya-Allah.

credit to IKRAM