×

Notice

One of the files that is needed for the correct operation of the System - CW Gears plugin appears to be missing! Please install a fresh copy of the latest version to fix this issue.

KONVENSYEN & KONVOKESYEN IKRAM MUSLEH (KoKIM 2016)

konvo IM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, KUALA LUMPUR - Setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi atas nikmat dan rahmat Nya, syukur alhamdulillah pada 5 Mac 2016 yang lepas, IKRAM Musleh dengan jayanya telah mengadakan Majlis Konvensyen dan Konvokesyen IKRAM Musleh (KoKIM) 2016 yang bertempat di Dewan Utama, UTM Kuala Lumpur. Seramai 400 orang peserta dari wakil rangkaian Sekolah IKRAM Musleh, wakil dari Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, wakil Majlis Guru IKRAM (MGI), graduan dan keluarga graduan turut hadir bagi memeriahkan majlis KoKIM 2016 tersebut.

RESOLUSI KONVENSYEN PENDIDIKAN ISLAM 2016 (KoPIM2016) GABUNGAN PERSATUAN PENDIDIKAN ISLAM MALAYSIA (GaPIM)

12507276 976822822388903 699004951296457646 n

RESOLUSI KONVENSYEN PENDIDIKAN ISLAM 2016 (KoPIM2016) GABUNGAN PERSATUAN PENDIDIKAN ISLAM MALAYSIA (GaPIM)
16 JANUARI 2016
KARANGKRAF SHAH ALAM

* Menyedari hakikat sejarah kegemilangan tamadun Islam adalah bersumberkan pembangunan ilmu pengetahuan yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah
* Menyedari kepentingan membina kekuatan umat dengan menghayati petunjuk Ilahi melalui pemerkasaan sistem pendidikan Islam
* Menyedari hakikat bahawa kepincangan sosial dan kelemahan serta kelesuan umat Islam secara menyeluruh adalah hasil dari system pendidikan penjajah yang berasaskan rancangan sejagat atau "grand design" untuk melemahkan umat Islam
* Menyedari betapa pentingnya pendidikan Islam diiktiraf oleh pihak yang bertanggungjawab dan umat Islam amnya * Menyedari kewajiban bermuafakat dalam meralisasikan gerakan mengarusperdanakan system pendidikan Islam di negara ini
* Mengakui hak dan tanggungjawab supaya tiap individu Muslim mendapat pendidikan Islam selaras dengan semangat perlembagaan negara yang meletakkan Islam sebagai agama resmi negara Maka Konvensyen Pendidikan Islam 2016 (KoPIM2016) yang bersidang di Karangkraf Shah Alam pada 16 January 2016 bersamaan 6 Rabi Al-Thani 1437 mengambil keputusan dan menerima perakuan dan resolusi berikut:
(1) Mengislah dan memperkasakan pendidikan Islam ke dalam arusperdana pendidikan negara.
(2) Meningkatkan perhubungan ukhuwah Islamiah antara kepimpinan organisasi dan ahli NGO-NGO dan institusi pendidikan Islam.
(3) Mewujudkan kerjasama yang rapat diantara NGO-NGO dan institusi pendidikan Islam dengan pihak kerajaan dalam membangunkan pendidikan Islam.
(4) Menjadikan GaPIM sebuah wadah unggul dalam pendidikan Islam peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

 

[Salam Takziah] Ustaz Mohd Shukry bin Jusoh: Seorang Murabbi, Daei, Pemimpin Dan Pejuang

 

[Salam Takziah] Ustaz Mohd Shukry bin Jusoh: Seorang Murabbi, Daei, Pemimpin Dan Pejuang

Firman Allah swt: \"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali\" (Surah Al-Baqarah:156).

Almarhum Ustaz Mohd Shukry bin Jusoh meninggal dunia jam 3.20 pagi tadi ketika dalam tidur; setelah beberapa tahun menanggung penyakit kencing manis, buah pinggang, paru-paru dan jantung. Almarhum kelahiran 10 September 1963 dan berkelulusan Ijazah BA Hons Al-Quran dan Sunnah.

Beliau meninggalkan isteri, Ustazah Khadijah Abdullah dan 15 orang anak (7 lelaki 8 perempuan) dan 11 orang cucu.

Beliau telah mengasaskan Sekolah Rendah Agama Al-Irsyad Kuantan pada tahun 1988 dan merupakan Mudir sekolah tersebut semenjak dari awal penubuhannya sehinggalah tahun 2000.

Semenjak tahun 2000, beliau memegang jawatan CEO Al-Irsyad Kuantan sehingga sekarang. Alhamdulillah, berkat kepimpinan beliau, Al-Irsyad Kuantan telah mendapat sokongan dan dokongan padu ramai pihak dan telah mampu berkembang dengan amat memberangsangkan sekali – SRI dan SMI Al-Irsyad serta Sekolah Tahfiz Al-Irsyad di Kg Kurnia, Kuantan. Sebuah cawangan SRI Al-Irsyad di Tanjung Lumpur Kuantan telah ditubuhkan 3 tahun lepas.

Kini Al-Irsyad Kuantan sudah masuk ke tahun 27 penubuhannya dengan bilangan murid seramai 1420 orang dan 100 orang pendidik dan staf.

Beliau juga bersama-sama dengan IKRAM Pahang, telah menubuhkan SRI Al-Amin Paya Besar Kuantan 3 tahun lalu. Kini, SRI Al-Amin Paya Besar baru sahaja berpindah tempat ke premis baru. Tanah tersebut adalah amal jariah beliau kepada SRI Al-Amin Paya Besar.

Alhamdulillah, walaupun keadaan kesihatan beliau agak tenat, dengan bantuan ahli keluarga dan sahabat-sahabat, beliau telah bergerak cergas sehingga ke saat-saat akhir hayat beliau, menghadiri program-program dan melaksanakan amanah sebagai seorang murabbi, daei, pemimpin dan pejuang – khususnya dalam medan pendidikan. Sumbangan beliau kepada pendidikan Islam amatlah dihargai.

\"Ya Allah! Engkau ampunilah almarhum Ustaz Mohd Shukry bin Jusoh, kurniakanlah rahmat kepadanya, selamatkanlah dia, maafkanlah dia dan tempatkannya di Jannatul Firdaus, luaskanlah kuburannya, mandikan dia dengan air salju dan air ais. Bersihkan dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih dari kotoran, kurniakanlah kepadanya rumah yang lebih baik dari rumahnya di dunia yang fana ini, kurniakanlah kepadanya keluarga yang lebih baik daripada keluarganya di dunia ini, isteri yang lebih baik daripada isterinya di dunia ini, dan masukkan dia ke Jannatul Firdaus, jauhkanlah dia dari siksa kubur dan nar jahannam.\" - amiin ya Rabb.

Prof Dr. Omar bin Yaakob
Pengerusi
Jawatankuasa Pendidikan
Pertubuhan Ikram Malaysia

[Berita] Tetamu dari Universiti Chulalongkorn, Bangkok, Thailand

SERI KEMBANGAN - Alhamdulillah pejabat IKRAM-Musleh telah menerima kunjungan wakil dari Universiti Chulalongkorn, Bangkok, Thailand semalam; 25 Ogos 2015. Kedatangan mereka adalah untuk membentangkan kertas cadangan kajian penyelidikan tentang "Teachers' Academic Leadership Reinforcement Strategies for Educational Quality Improvement of the Member Countries in the Association of South East Asian Nations (ASEAN) project" dan menjalankan Focus Group Interview.

Projek ini diketuai oleh Dr Piyapong Sumettikoon, Ed.D., Bahagian Pentadbiran Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Chulalongkorn, Bangkok, Thailand. Pertemuan ini berakhir pada jam 3.00 petang.

     

     

       

 

      

    

    

 

    

     

    

 

      

    

    

 

      

    

    

 

    

       

   

 

Sekian, terima kasih.