Pendidikan Inovatif Perlu Diusahakan Demi Generasi Tersisih

Seri Kembangan - Kita memandang serius mengenai generasi yang tersisih dari pendidikan akibat COVID-19. Kebanyakan mereka terdiri daripada kalangan murid yang tiada atau mempunyai capaian yang sangat terhad kepada peralatan dan saluran internet untuk proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).  

Halangan yang besar PdPR ialah talian internet yang kuat serta  gajet.

Oleh kerana capaian media televisyen dan radio lebih meluas  Kementerian Pendidikan Malaysia perlu memperkasakan TV Pendidikan, dengan menambah kandungan, memperbanyak masa jadual siaran serta membolehkan akses kepada semua termasuk melalui saluran bukan RTM dan Astro seperti Unifi TV, TV3 dan seumpamanya. Penggunaan rangkaian radio yang lebih luas jangkauannya juga boleh dimanfaatkan.

Usaha ini perlu diberi keutamaan khas.

KPM boleh menubuhkan pasukan kerja bagi menggembleng syarikat media swasta, pakar teknologi pendidikan, guru-guru pakar mata pelajaran, tenaga kerja IPG dan warga akademia bagi membina prasarana dan bahan yang sesuai untuk sebaran melalui TV dan radio.

Semoga pendidikan anak bangsa dapat diteruskan dengan sebaik-baiknya.

Profesor Dr. Omar bin Yaakob
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan
Pertubuhan IKRAM Malaysia
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.