Tabung Dana Musleh 2020-2021

 

Antum/na Alumni Musleh?

Masih ingatkah ikatan ukhuwah islamiah yang kita bina di sekolah? Antara rakan-rakan serata sekolah IKRAM Musleh kita bina satu ikatan yang barakah dan bermakna.
IKRAM Musleh perlukan bantuan antum.

COVID-19 memberi kesan kepada banyak pihak, termasuklah IKRAM Musleh yang kita sayangi. Sekolah-sekolah swasta di bawah IKRAM Musleh amat bergantung kepada yuran pengajian murid. Bila sumber ini terputus, terputus juga sebahagian sumber sekolah-sekolah dan daripada situ terkesan juga IKRAM Musleh sebagai institusi yang memayungi sekolah-sekolah rangkaian.

IKRAM Musleh memerlukan sejumlah RM340,000 lagi untuk menguruskan perjuangan untuk melahirkan sebanyak mungkin insan rabbani dengan menyumbang kepada tabung Danamusleh 2020-2021.

Klik di sini [ https://danamusleh.my ] untuk maklumat lanjut.