MISTAC'18 Tarik Lebih 200 Penyertaan Dalam dan Luar Negara

Ampang Pechah - Kejohanan Memanah Tradisional Antarabangsa Pelajar Musleh (MISTAC'18) di Kem Bina Semangat Kuala Kubu Bharu Ampang Pechah Selangor telah berlangsung dengan jayanya pada 21-22 Julai 2018 yang lalu. Program ini telah berjaya menarik penyertaan murid sekolah rendah, menengah dan kolej universiti dalam dan luar negara seramai 246 orang.

Mejar Abd Rahaim Md Isa dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada semua peserta atas komitmen dan semangat yang ditunjukkan untuk menjuarai acara yang dipertandingkan dan berharap lebih ramai lagi penyertaan pada tahun-tahun akan datang bagi memartabatkan sukan memanah ini.