×

Notice

One of the files that is needed for the correct operation of the System - CW Gears plugin appears to be missing! Please install a fresh copy of the latest version to fix this issue.

KEBAKARAN DI MAAHAD TAHFIZ ITTIFAQIYAH: IKRAM UCAP TAKZIAH

Innalilahi wainna ilaihiraji'uun, dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan.

Pagi ini kita dikejutkan dengan berita musibah kebakaran yang berlaku di Maahad Tahfiz Ittifaqiyah, Keramat Hujung, dengan angka kematian 24 orang dan tiga orang cedera parah.

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengucapkan takziah kepada Pentadbir, guru-guru dan pelajar Maahad Tahfiz, serta semua keluarga yang terlibat. Kami berdoa semoga Allah memberi ketenangan dan kesabaran. Juga, semoga Allah mengampuni dan merahmati roh anak-anak dan guru-guru yang telah kembali kepada-Nya.

Profesor Dr Omar bin Yaakob
Pengerusi
Jawatankuasa Pendidikan IKRAM