SMI Hidayah JB Bolot Juara di Dua Pertandingan Berasingan

Pasukan Robotik Hidayah Cemerlang di Liga Robotik iCare UTM-KEJORA 2017 Peringkat Negeri Johor

 

SMI Hidayah Johor Bahru menang hadiah utama Hackaton 2017 anjuran Persatuan Aspirasi Pemimpin Malaysia Kementerian Belia dan Sukan dan MaGIC peringkat kebangsaan

Alhamdulillah. Pasukan Robotik Hidayah beraksi cemerlang di Liga Robotik iCare UTM-KEJORA Peringkat Negeri Johor dengan memperoleh Johan untuk kategori terbuka dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM700.00

Dalam masa yang sama, ketua pasukan SMI Hidayah Johor Bahru, Muhammad Firdaus Ali bersama kumpulannya juga telah memenangi hadiah utama wang tunai RM3, 000.00 dan dinobatkan sebagai Johan Hackaton 2017 anjuran Persatuan Aspirasi Pemimpin Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan dan MaGIC di peringkat kebangsaan bertempat di Malaysia Global Innovation dan Creativity Centrem Cyberjaya yang telah berlangsung pada hari semalam dan kelmarin.

Tahniah dan syabas kepada kedua-dua pasukan! Semoga terus bermanfaat untuk ummah!