×

Notice

One of the files that is needed for the correct operation of the System - CW Gears plugin appears to be missing! Please install a fresh copy of the latest version to fix this issue.

Persidangan Antarabangsa Anjuran IKRAM Musleh dan ICEE Disertai Lebih 10 Buah Negara, Mengumpulkan Lebih 30 Kertas Kerja

23 Nov, Kuala Lumpur - Hampir 200 orang peserta dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Sri Lanka, Pakistan, Afghanistan, Mesir, Brunei dan Nigeria mula bersidang semalam di Hotel Putra, Kuala Lumpur.

Persidangan ini di anjurkan oleh International Centre for Educational Excellence (ICEE) dan Pendidikan Ikram Musleh (IKRAM Musleh) dengan kerjasama Jaringan Sekolah Islam Terpadu (Indonesia), Assalam Smart School Association (Thailand), Association for Academic Quality (Pakistan) dan Mercy Institute for Islamic Studies (Sri Lanka).

Sebanyak 6 ucaptama dan 41 kertas kerja telah dibentangkan sepanjang Persidangan tiga hari tersebut. Ia dianggap sebagai satu program high-impact yang telah dilaksanakan dengan jaya, biznillah.

Jazzakumullahukhairan kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan program ini.

 

Dr. Noor Azlan Ahmad Zanzali, Pengarah Program

Penghargaan khas kepada AJK Penganjur yang diketuai oleh Dr Noor Azlan Ahmad Zanzali, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor, Dr Azma Mahmood dan Prof Mahamod Ismail dan ramai lagi yang tidak dapat disenaraikan di sini. Hanya Allah yang mengetahui pelbagai cabaran dan penat lelah mereka dalam mengendalikan program ini. Allah jualah yang dapat membalasnya dengan ganjaran sebaik-baiknya.

Sokongan dan dokongan semua warga IKRAM Musleh juga sangat dihargai. Pihak penganjur yakin bagi yang hadir, ia memberikan cetusan yang segar bagi meningkatkan usaha-usaha kita untuk terus memartabatkan pendidikan Islam.

 

IKRAM Musleh Komited Lahirkan Murabbi Qudwah Demi Kelestarian Dakwah

 Projek Murabbi Qudwah 2017

Projek Murabbi Qudwah 2017 2

Seri Kembangan - Projek Murabbi Qudwah angkatan pertama telah sempurna dilaksanakan di sini semalam. Turut hadir dalam Majlis Penutupan Projek Murabbi Qudwah adalah Presiden IKRAM, Ustaz Dr. Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad yang sekaligus telah melangsungrasmikan Majlis Penutupan tersebut. Projek ini merupakan anjuran JK Tarbiyah dengan kerjasama IKRAM-MUSLEH. Daurah khusus intensif ini telah mengambil masa 10 hari. 60 orang pendidik (jumlah berdaftar 70 orang) dari seluruh SRI-SMI rangkaian/rakan IKRAM Musleh telah berjaya memenuhi syarat graduasi.

Antara objektif projek ini dijalankan adalah untuk membina kemampuan dan membentuk sekumpulan pendokong tarbiyah di SRI-SMI untuk membantu pentarbiyahan di peringkat sekolah, menyediakan tunggak tarbiyah yang mencukupi di setiap sekolah agar menjadi rujukan dalam menyelesaikan masalah-masalah dan isu-isu berkaitan tugas-tugas pentarbiyahan serta mempermudah perkongsian kepakaran dan pengalaman tarbawi di antara SRI-SMI di peringkat nasional agar dapat memperteguh kerjasama dalam mengatasi segala kepayahan, permasalahan dan mencari penyelesaiannya.

Moga-moga Allah swt memberkati usaha kita dalam memperkasa proses pentarbiyahan di SRI-SMI.

Projek IQRA Bakal Jadi Alternatif kepada PISA dan TIMMS

[Focus Group Discussion tentang International Quality Range Assessment]

Kuala Lumpur - Telah berlangsung Focus Group Discussion untuk projek International Quality Range Assessment (IQRA) di sini semalam

IQRA adalah satu projek pentaksiran pelajar peringkat international bagi pelajar-pelajar berumur 15 tahun. Ia digubal bagi melihat kemenjadian pelajar dari sudut 10 muwasofat tarbiah seperti mana dalam manhaj tarbiah yang sedang dilaksanakan di SRI-SMI. Ia dijangkakan akan menjadi alternatif kepada PISA (https://www.oecd.org/pisa/aboutpisa/) dan TIMMS (http://timssandpirls.bc.edu).

Focus Group Discussion (FGD) tersebut telah dihadiri oleh beberapa orang pakar akademik dan pendidikan serta wakil-wakil NGO pendidikan dari Indonesia, Thailand, Pakistan dan Sri Lanka bagi memberi maklum balas kepada laporan projek rintis IQRA yang telah dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah rangkaian IKRAM Musleh pada tahun 2016.

Hasil daripada FGD yang berlangsung selama 5 jam tersebut sejak jam 8 pagi, kesemua yang hadir telah merestui projek IQRA ini dan NGO-NGO pendidikan dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Pakistan dan Sri Lanka akan melaksanakannya di tempat masing-masing apabila ia siap sepenuhnya nanti pada tahun 2018.

Syabas!

Majlis Taklimat Tarbiyyah IKRAM Musleh (MTTIM) 2016

Alhamdullillah, pada 7 Disember 2016 bertempat di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur, Majlis Taklimat Tarbiyyah IKRAM Musleh 2016 telah berjaya dilaksanakan. Seramai 290 orang para pendidik dan tenaga kerja sekolah-sekolah rangkaian IKRAM Musleh dari seluruh Malaysia telah menghadiri program tahunan anjuran IKRAM Musleh ini walaupun ia dijalankan pada masa cuti persekolahan. 

Program bermula seawal jam 8 pagi untuk urusan pendaftaran dan kemudian ia diteruskan dengan taklimat Pendisiplinan dari Ustaz Sakijan, taklimat Tarbiyyah dari Ustaz Syeikh Hameed dan akhir sekali dengan taklimat Psikologi dari Pak Utih. Majlis taklimat ini kemudian diakhiri pembentangan resolusi dan tindakan susulan oleh Pengarah Eksekutif IKRAM Musleh, Ustaz Megat Mohamed Amin sebelum masing-masing bersurai pada jam 5 petang. 

Semoga program ini berjaya mencapai hadafnya untuk manfaat dan kebaikan bersama dalam bidang pendidikan ini.